Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan, semalam. - MINGUAN/AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 3 Mei - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menerima hakikat hukum hudud akan dilaksanakan di negeri ini kerana rakyat telah memberikan mandat kepada Pas sejak lima penggal lalu.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya sedar kebimbangan DAP dan PKR ke atas sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang akan berkurangan namun rakyat di negeri ini telah memberikan kepercayaan kepada Pas memerintah kerana janji parti itu untuk melaksanakan hudud.
Beliau bagaimanapun berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak akan menjejaskan hubungan ketiga-tiga parti tersebut malah Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat tiga hari lalu bersepakat untuk bersama dalam mengurus isu tersebut tanpa menjejaskan komitmen dalam gabungan itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka, di sini hari ini.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO dan empat ahli komponen Barisan Nasional (BN) sudah cukup untuk memastikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan di Dewan Rakyat nanti diluluskan.
"Bukan empat kerusi sahaja yang kita mahu, kita memerlukan semua sokongan PKR dan DAP termasuk daripada UMNO, apa yang penting komitmen wakil rakyat Islam.
"Mungkin rakan-rakan wakil rakyat DAP Islam mahu sokong, itu hak Ahli Parlimen, bagi Pas kita mahu semua muslim dan bukan muslim, semua ini adalah bertujuan untuk atasi jenayah," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 11.07 am on Mei 05,2014
No comments:
Post a Comment