Thursday, July 31, 2014

Ahli Parlimen Jasin,Melaka, YB Ahmad Hamzah: Seorang yang mesra rakyat.Punya masa depan yang cerah di arena politik...



Sabtu,Ogos 02,2014 at 2.55 pm. 

Pada tahun ini penulis berkesempatan meraikan ketibaan Hari Aidilfitri Al-Mubarak,di kampung tempat penulis dilahirkan iaitu di Kampung Umbai,Batu 8,Melaka.

penulis bertolak pulang ke kampung Umbai,Melaka ialah pada hari Sabtu Tengah Hari,jam  3.00 petang,bersamaan pada tanggal 19 hb.Julai 2014.

Penulis bertolk dari kediaman penulis  dari Taman Sri Gombak ke Melaka kira-kira jam 3.00 petang dan sampai di Melaka pada jam 4.33 petang.

Syukur Alhamdulillah, penulis tiba di tool  Batu Berenam Melaka kira-kira 4.33 petang.Ini bererti hanya memakan masa 1 1/2 jam sahaja ( satu setengah jam sahaja) masa yang penulis perlukan untuk tiba ke rumah penulis di Melaka. Sepanjang perjalanan penulis itu langsung tidak ada menempuh kesesakan aliran trafik.

BERTEMU AHLI PARLIMEN JASIN , YB.DATUK WIRA AHAMAD HAMZAH
DI DALAM MASJID.

Di dalam masjid Kg.Umbak, sebelah kanan
penulis ialah YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah
Ahli Parlimen (MP) Jasin,Melaka. sedang
menyambut salam maaf bermaaf dari jemaah
sunat solat Aidilfitri di pagi Hari Raya.
Di pagi raya penulis bertolak meninggalkan rumah penulis dari Jalan Bukit Tembakau menuju Masjid Besar,Kg.Umbai,di Batu 8 3/4( batu lapan tiga suku) ikut Jalan Lama menuju ke Selatan iaitu ke Muar hingga ke Johor Bahru.

Penulis bertolak dari rumah di pagi itu menuju ke Masjid Besar Kg.Umbai pada jam 7.30 pagi dengan ditemani oleh 2 anak lelaki penulis Khairu dan Zulkifli.

Kenapa kami bertolak ke masjid secepat itu? Kerana dah lama dah penulis tidak pergi menziarahi kubur arawh Ayah penulis Hj,Ninggal bin Said dan Bonda Penulis Hajah Maimunah bte Hj.Abdul,yang telah disemadikan di kawasan perkuburan di sekeliling masjid tersebut lebih sepuloh tahun yang lalu.

Sebaik sahaja tiba di masjid itu dan meletakan kereta penulis di tepian jalan lebuh raya Melaka ke Muar (jalan lama).

Penulis segera menziarahi kedua kubur ayah dan ibuku yang tersayang dan lantas membacakan ayat-ayat Surah Yasin ke atas kedua-dua kubur itu yang kebetulan letaknya sebelah menyebelah sahaja.

Dengan penuh rasa sedih dan tidak disedari air mata penulis jatuh melilih ke pipi ketika penulis membaca surah Yasin itu akibat merasa amat sayu dan pilu krtika berada tanah perkuburan itu.

Barulah penulis insaf  bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati dan yang dah mati pasti tidak akan kembali lagi.Setelah ayah dan ibuku tiada di dunia ini,barulah penulis rasa kehilangan yang tidak boleh diganti-ganti.Kerana ayah dan ibu itu bukan boleh ditukar ganti macam barang-barang yang lain..

Mati isteri, sang suami boleh berkahwin lagi.Mati suami, sang isteri juga boleh berkahwin lagi. Tetapi mati ayah dan ibu kita? Maka jadi anak yatim piatulah kit buat selama-lamanya.

Justeru kepada anda yang masih punya ayah dan ibu di dunia ini? Penulis menyeru dengan ikhlas...jagalah mereka sebaik-baiknya sebelum mereka berdua itu meninggalkan anda dan kembali ke alam baka'.Alam yang kekal abadi.

Ketiadaan ayah dan ibuku ketika menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri Al-Mubarak itu membuatkan jiwa penulis menjadi kosong dan kekosongan itu dirasakan amat mendalam terutama di hari istimewa,di hari kita semua sedang bergembira menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri Al-Mubarak

Kita sudah hilang peluang untuk memeluk batang tubuh ayah dan ibu kita yang disayangi dan sekaligus kita telah hilang peluang untuk menyusun sepuloh jari, meminta ampaun dan maaf,kepada ayah dan ibu kita atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan semasa hayat kedua-duanya masih di kandung bada di dunia ini.

KETIKA BERSALAM-SALAMAN DI PAGI RAYA DI DALAM MASJID

Setelah jemaah yang memenuhi msjid Kg.Umbai itu selesai melakukan laungan takbir hari raya banyak kali sebelum menunaikan solat sunat hari Raya Aidilfitri dua rakaat.

YB.Datuk Wira.Ahamd Hamzah sedang memperkatakan sesuatu 
dengan tetamu di dalam majlis Pertemuan anak-anak perantau di rumah adik 
bungsu penulis Mohd Soh Ninggal,di Kg.Umbai,Batu Lapan setengah,Melaka.
Tuan Nazir masjid telah memberi kesempatan kepada(menantu Ghafar Baba) Ahli Parlimen Jasin,YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah dan Ahli DUN kawasan Serkam,YB Zaidi bin Atan menyampaikan ucapan masing-masing secara rengkas.

Lepas itu solat sunat Raya Aidilfitri pun dimulakan.Selaku dah menceburkan diri di dunia politik lebih 12 tahun lamanya, penulis lihat ucapan yang diberikan oleh Datuk Wira lebih matang dan punya isi yang bernas.

Seperti biasa,iaitu selepas Imam dah selesai membaca khutubah solat sunat Hari Raya Aidilfitri,maka para jemaah lantas beratur berjalan perlahan menuju kepada dua Wakil Rakyat itu untuk bersalam-salaman, bermaaf-maafan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri,

Penulis semaca terlupa tidak mengikuti protokol lantas mengambil jalan pintas terus menuju ke arah di mana YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah dan YB Zaidi Atan sedang berdiri menunggu jemaah mara bersalam-salam dengan mereka.

(Ahli Parlimen Jasin)YB Datuk Wira Ahmad Hamzah, dilihat semacam ternampak kemaraan penulis itu agak sedikit terperanjat.Pun begitu penulis terus mara dan bersalaman dengan beliau dan beliau segera memeuluk batang tubuh penulis,

Sesudah bersalaman dan berpelukan itu penulis hendak meninggalkan mereka tetapi Datuk Wira Ahmad Hamzah menarik tangan saya dan beliau mahukan saya juga berada di tengah-tengah anatara YB.Ahmad Hamzah,Ahli Parlimen,kawasan Jasin,Melaka di sebelah kanan penulis,sementara sebelah kiri penulis pula YB Zaidi bin Atan ADUN kawasan Serkam,Melaka.

Sebahagian daripada anak-anak perantau yang hadir
 dan bertemu dan berkenal mesraa anatara satu dengan lain
di majlis pertemuan anak-anak perantau it
u.
Terpaksa penulis ikutkan kemahun beliau sebagai tanda hormat penulis walaun penulis rasa serba salah kerana yang menjadi tumpuan para jemaah solat sunat Hari Raya Aidilfitri, pada pagi itu ialah kepada dua tokoh politik iaitu Datuk Wira Ahmad Hamzah,Ahli Parlimen (MP) Jasin,Melaka dan YB.Zaidi bin Atan,wakil rakyat ADUN Serkam, Melaka.

Maka penulis pun sebok juga bersalam-salaman kepada jemaaah -jemaaah itu hingga habis semuanya selaku YB yang tidak punya kawasan di pagi raya itu.

Entah apakah sebabnya Datuk Wira Ahmad Hamzah berbuat demikian dan memberi penghormatan kepada penulis,tidaklah penulis ketahui?

Hingga kini pun penulis tak faham. Oh!lazimnya orang-i orang politik memang kaya dan banyak muslihatnya...hanya beliau sahaja yang tahu apa muslihatnya?

TAK PERNAH BERSUA  4 MATA

Sebenarnya,sejak Datuk Wira Ahmad Hamzah ini dan jadi wakil rakyat ADUN kawasan Serkam,kalau tak silap dah dua penggal dah dan kemudian jadi Ahli Parlimen Umno Kawasan Jasin pula.Penulis belum pernah bersua muka secara 4 mata dengan beliau.

Ada tak ada ikatan tali persaudaraan itu ada sedikit. Ayahnya,Pak Cik Hamzah, jika bertemu dengan Ayah dan Ibu penulis semasa penulis kecil-kecil dulu...,Pak Cik Hamzah ini ( ayah YB.Ahmad) akan panggil bapa penulis dengan panggilan pangkat (Pak BusuNinggal) dan (Mak Busu Munah) kepada ibu penulis.Salur-galur yang lebih mendalam lagi penulis pun tak tahu.

BERTEMU LAGI DI MAJLIS ANAK-ANAK PERANTAU
Sebahagian lagi anak-anak perantau yang hadir di majlis itu 
kemudianya bertemu mesra bersempena di Raya Aidilfitri Al-Mubarak 
di malam tersebut. Yang duduk di tengah-tengah Sdr.Niza Imbi anak 
lelaki sepupu penulis Imbi bin Saad,p[enduduk tetap di K.Lumpur.
Pada malam dua hari raya adik penulis yang bungsu Mohd Soh Ninggal telah mengadakan majlis pertemuan anan-anak perantan di halaman rumah persinggahnya yang tersergam indah ketika beliau balik ke kamung, di Batu lapan setengah,di Kg.Umbai,Melaka.

Kira-kira dua ratus orang anak-anak perantau telah hadir sebagai tetamu pada malam tersebut.Penulis tiba kira jam 9.30 malam,agak lewat sedikit.Ada di anatara tetamu sudah pun meninggalkan majlis itu disebabakan ada undang di rumh-rumah lain.

Penulis terpaksa hadir di majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran peniaga ( Ikan Bakar)di Jeti Kg.Umbai ke Pulau Besar,Encik Shafie Saat ( ank buah pernulis) bapa saudara bagi YB Zaidi bin Atan,wakil rakyat kawasan DUN  Serkam,Melaka.

Selepas penulis tiba, kira lima minit kemudiannya maka tiba pula YB Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Maka kami pun bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan sekali lagi pada malam itu. Selepas itu saya lihat YB Datuk Wira Ahmad Hamzah,pergi bersalam-salaman kepada semua anak-anak perantau itu dari satu meja ke satu meja hingga habis dengan penuh kemesraan.

Sebagai orang politik yang mengamalkan budi pekrti yang sangat humble ini? Sesungguhnya akan memberi banyak manfaat kepada bidang politik yang diceburinya itu.
Rumah persinggahan adik bungsu  penulis Mohd Soh Ninggal
di bina di atas tapak rumah lama peninggalan ayah dan ibu penulis
 dengan memakan belanja tiga ratus ribu ringg
it.
Orang kampung yang hadir di masjid-masjid dan di dalam sebarang majlis Hari Raya Aidilfitri yang ditemuinya itu dan yang dijabat tangan dari satu orang ke satu orang itu merasa dihormati.

Orang-orang itu pula adalah merupakan penyokong,pengundi akar umbi Umno di kawasan yang mereka wakili. Rakyat kampung dikawasannya itu amat rasa teruja jika seorang Wakil Rakyat bergelar Datuk,Tan Sri dan sebagainya sudi berjabat tangan dan berbual-bual dengan mereka.

Jika sikap humble yang menjadi amalan sejati oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah ini diteruskan? Insya Allah!Perjuangannya di arena politik di Melaka, akan boleh bertahan dalam janka masa yang lama seperti arwah bapa mertua beliau Al-Marhum En.Ghafar Baba.

Mendekati dan mengetahui keperluan akar umbi yangmenjadi pengundi  baik di kawasan Parlimen mahupun di kawasan DUN bolehlah dikatakan wajib keran merekalah yang menobatkan  seseorang itu jadi wakil rakyat.Melupai pengundi akar umbi?

Bererti akan memalapkan peluang anda untuk dipilih sekali lagi pada Pilihan Rya Umum yang seterusnya. Segala tindakan dan gerak geri kita ketika anda jadi wakil rakayt sentiasa difokus oleh pengundi akar umbi anda.

Penulis sering mengikuti perdebatan di dalam Parlimen dan ada juga mengikuti ucapan YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah di dalam Palimen melaui TV tempatan.

Apa yang diucapkan oleh beliau di dalam sesuatu perbahasaan di dalam parlimen itu ada isinya dan ada Visi.Penulis yakin sebelum ke Parlimen Datuk Wira Ahmad Hamzah terlebih dahulu ada mmembuat reserch..

Tidak mustahil,pada usianya yang masih muda lagi itu beliau akan menempa kejayan politik yang lebih hebat lagi. Bermula dari ADUN negeri Melaka,kini dah menjadi Ahli Partlimen (MP) pula.

Mungkin akan jadi menteri kerajaan pusat suatu masa nanti dan mungkin akan jadi  Ketua Menteri Melaka. Insya Allah. Penulis sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dari kampung penulis yang penulis cintai.

Semuanya ini, tidak mustahil,jika ia telah menjadi ketentuan Allah swt., yang Maha Berkuasa.(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal. blogspot. com.at 1455 hrs on Ogos 02,2014..

No comments: