Thursday, July 24, 2014

Anggota Parlimen Britain kutuk Israel dikecam hebat

LONDON 23 Julai - Seorang anggota Parlimen Britain daripada Parti Liberal Demokrat, hari ini dikritik hebat oleh anggota parti itu berikutan komennya di laman sosial Twitter yang menyatakan beliau berharap dapat melancarkan roket ke Israel jika beliau tinggal di wilayah Palestin.
David Ward

"Persoalannya ialah jika saya tinggal di Gaza apakah saya akan melancarkan roket? Mungkin ya," kata David Ward di laman sosial Twitternya yang dipetik daripada laman portal berita Al-Arabiya.

Ekoran itu, Ward telah digantung keahlian daripada parti terbaharu dalam kerajaan gabungan Britain berikutan kritikannya terhadap Israel, lapor AFP.

Sebahagian anggota parti dan pengguna di laman sosial itu menggesa pemimpin parti itu, Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg menggantung keahlian Ward selain menggambarkan komen itu sebagai satu hasutan ke arah keganasan.

Parti Liberal Demokrat tidak mengulas komen tersebut dan menyatakan Clegg sebelum ini telah lama memanggil untuk mengadakan satu resolusi berhubung konflik tersebut.

"Kami benar-benar mengutuk komen David Ward, mereka yang mengkritik itu bukan wakil rakyat daripada Parti Liberal Demokrat.

"Parti itu mengambil serius perkara itu dan akan menganggap perkara ini sebagai satu isu disiplin," kata parti itu dalam satu kenyataan. - AFP(Utusan online-luar negara).Posted b y abnmulya /Abu Bakar Ninggal. blogspot.com at 1652 hrs on July 24,2014.

No comments: