
Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Khamis,July 31,2014 at 7.51 pm.
USAHA untuk meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengosongkan kerusi Ketua Menteri Selangor dan kerusi itu diberikan kepada Datin Dr.Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, memang sudah menjadi pengetahun rakyat Malaysia di seluruh ceruk rantau tanah air.
![]() |
Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dari parti PKR |
Sementara parti-parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat seperti PAS dan DAP pun dilihat semacam agak rasa terkilan dengan gerakan yang di ambil Anwar Ibrahim dan tokoh-tokh PKR lain yang menyokongnya.
PAS di Selangor menerusi Ketua Perhubungan PAS negeri Selangor YB Fatah Iskanda,menerusi komen-komen beliau di akhbar-akhbar dan diblog-blog tempatan secara terus terang mahukan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menmteri Besar Selangor.
![]() |
Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Pendirian yang telah dizahirkan YB Fatah Iskandar itu dilihat telah mendapat sokongan yang meluas oleh pemimpin pemimpin kanan PAS Selangor.Bagi mereka Tan Sri Khalid Ibrahim semacam tidak ada cacat celanya.
Dalam keriuhan isu politik di Selangor mahukan kerusi Menteri Besar yang sedang dipegang TanSri Khalid Ibrahim dari parti PKR juga digantikan?
![]() |
Datin Dr. Wab Azizah Wan Ismail,Presiden Parti PKR |
Pada tanggal 28 hb.Julai 2014 pula iaitu menerusi Utusan online,di ruangan politiknya penulis dapati telah menyiarkan berita tentang komen Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat dengan tegas dan serius mempertahankan pendirin Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memberi sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim terus kekal menjadi Menteri Besar Selangor.
![]() |
Datuk Seri Abdul Hadi Awang |
Entah betulkah atau salahkah andaian Mat Sabu itu hanya Hadi Awang sahaja yang tahu kerana beliau adalah Presiden PAS.
Hadi Awang tidak akan mengeluarkan kenyatan sesuatu yang ada dengan kepentingan partinya, jika beliau tidak merasakan apa yang diluahkan oleh beliau itu semata-mata untuk kepentingan parti PAS.
Beliau mesti sanggup bertanggung jawab sepenuhnya atas kenyatan yang dibuatnya yang akan dan telah disiarakan oleh media.Begitu juga dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau dilihat sanggup bertanggung jawab dan tidak akan membuat (U turn) berhubung dengan isu sokongan yang telah diberikan pada Hadi Awang.
![]() |
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz. |
Jika nak keluarkan sepatah dua perkataan berhubung dengan kepentingan parti? Kononnya mesti terlebih dahulu diluluskan oleh mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Pusat parti?
CARA itu lebih teruk dari rejim Yahudi yang telah dan sedang membunuh mati rakyat Plastine di Gaza kini.
SIAPA DIA MAT SABU ITU?
Tidakkah Mohd Sabu sedar berapa banyak kenyataan-kenyataan politik beliau selama ini yang telah dihamburkan dari mulut beliau itu sendiri tanpa ada mandat dari PAS kerana tidak pun di bawa bermesyuarat terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan Presiden PAS dan AJK Pusat PAS telah beliau luahkan di mass media sewenang-wenangnya? Oh! banyak dan sungguh banyak......jika hendak dikira.
![]() |
YB Datuk Iskandar Abdul Samad,,Exco kanan dan Pesuruhjaya PAS di Selangor. |
Poorlah.......anda hanya Timbaln Presiden PAS.Tidak punya kuasa khas seperti yang dimiliki oleh Presiden PAS dan Mursydidul Am PAS?
TINDAKAN DATUK SERI NAJIB KETIKA BERDEPAN DENGAN MALAPETAKA MH17 SEBAGAI CONTOH YANG BAIK.
Datuk Seri Najib Tun Razak secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh MT Umno dan tanpa pengetahuan kabiet beliau telah berunding dengan Alexandre Borodai,tokoh pemimpin pro-Rusia yang berkuasa di dalam Wilayah Donetsk, pihak pemisah Ukraine dalam isu MH17 ditembak jatuh mengakibatkan sebanyak 298 orang penumpang termasuk krewnya mati terbunuh jadi korban.
Ketika berdepan isu MH17 itu? Bagi Datuk Seri Najib yang paling penting ialah mayat-mayat mangsa MH17 itu agar dapat segera diselamatkan dan segera di bawa keluar dari kawasan Wilayah Donetsk yang dikuasai pihak pro- Rusia,agar mayat-mayat itu tidak jadi busuk dan Kotak Hitam MH17 yang sarat dengan maklumat penting di dalamnya agar segera dapat diselamatkan terlebih dahulu.
Itulah isu penting yang berkait-mait dengan maruah kerajaan Malaysia. Kapal terbang MH17 itu kepunyaan Malaysia.Waris-waris mangsa MH17 telah menyerbu Datuk Seri Najib.
Malaysia ketika berdepan dengan isu tersebut mesti beruding dengan apa cara sekalipu dan dengan sesiapa sahaja,walaupun terpaksa menghadapi resiko-resikonya,asalkkan mangsa yang telah jadi mayat,kotak hitam dan bangkai kapal terbang MH17 itu dibenarkan oleh pihak pro-Rusia untuk disiasat.
Kerajaan Ukraine yang sah pun tidak mampu untuk memasuki kawasan yang dikuasai oleh askar yang pro-Rusia itu.
Hasilnya? Sikap Datuk Seri Najib yang bijaksana,bertindak cara senyap-senyap tanpa heboh-heboh ketika menghadapi isu yang paling kritikal itu telah menghasil keputusan yang sangat positif,berfaedah kepada semua waris-waris mangsa penumpang MH17.
Kotak Hitam harta MAS yang sangat bernilai itu dah diserahkan kepada kerajaan Malaysia oleh pihak yang pro-Rusia untuk dikaji oleh pakar-pakar kotak hitam untuk mengetahui isi kandungannya.
Tindakan bijaksana oleh Datuk Seri Najib itu telah memeranjatkan tokoh-tokoh politik dunia antara bangsa dan apa yang telah dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib itu semacam tidak sekali-kali terfikir oleh pemimpin politik Barat yang kononnya amat bijaksana hingga menjadi Presiden dan Perdana Menteri di negara kuasa besar iaitu seperti Amerika,Jerman,Britain,France dan di negara-negara Eropah dan sebagainya.
Kini mencurah-curah ucapan terima kasih telah dihamburkan oleh mereka khasnya kepada Datuk Seri Najib.Datuk Seri Najib yang bijaksana. Lebih mementingkan kepentinganan rakyat Malaysia yang telah jadi mngsa korban MH17 itu dan sekaligus pada insan-insan yang telah jadi mangsa,terdiri dari berbagai bangsa dan negara lain yang berbeza bangsa dan agama yang jadi penumpang keapda kapal terbang MH17 kepunyaan Malaysia.
Begitulah juga jadinya dengan Hadi Awang.Beliau berpendapat gagasan yang dibuat oleh Ketua Perhubungan PAS Selangor YB, Datuk Iskandar Abdul Samad itu amat lojik dan akan memberi manfaat kepada perjungan PAS?
Maka beliau pun mengeluarkan kenyataan menyokongnya.Sejauh ini hanya Mat Sabu sahaja yang tak setuju. Itu tak mengapa dah.Mat Sabu bukannya Presiden parti PAS?
DAP DILIHAT SEMACAM TIDAK BEGITU HORMAT PADA PAS.
SEJARAH telah mencatitkan bahawa PKR/PAS/DAP mula menang besar di dalam Pilihan Raya umum pada PRU-12(2008) dan PRU-13(2013). Dari apa yang DAP cakap dan dari apa yang DAP buat terhadap PAS? Secara-cara terang-terangan DAP dilihat semacam tidak begitu hormat pada para pemimpin tertinggi PAS.
![]() |
Datuk Dr.Mahfodz Mohamad Pemangku Tim.Ketua Dewan Ulama' PAS |
Itulah sebabnya selepas PRU-12 dan PRU-13.Jika ada pemimpin besar PAS bercakap isu Kalimah Allah, isu hukum Hudud,isu murtad dan isu-isu agama Islam di lain-lain aspek? Cepat-cepat akan disanggah oleh DAP.
Arwah Karpal Singh cepat -cepat buat kenyataan menentangnya "langkah mnayat saya dulu baru boleh jalankan hukum hudud di Malaysia,". Semasa membuat kenyatan itu Karpal Singh dilihat semacam tidak tahu bahawa parti PAS yang menjadi komponan dalam Pakaatn Rakyat itu membawa asas dan dasar perjuangan politik PAS itu sendiri adalah berteraskan agama Islam.
Dari apa yang dikatakan oleh Karpal Singh itu dan tidak pula ditegur oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?Ternyata menunjukan apa yang dilafaskan oleh Karpal Singh itu? Ianya sekaligus merupakan sebahagian dasar DAP itu sendiri dan DAP dilihat semacam langsung tidak menghormati hati dan perasaan para pemimpin tertinggi parti PAS.
Pada mereka PAS itu boleh dikatakan dianggap tidak begitu penting,hanya sebagai melukut ditepi gantang sahaja. Datang dan perginya tidak memberi kesan apa-apa.
KRISIS MENTERI BEAR SELANGAOR.NAK TUKAR MENTERI BESAR BARU? UJUNG-UJUNGNYA DAPAT KERAJAAN BARU PULA...
DALAM konteks isu Datuk Khalid Ibrahim diminta mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor agar membolehkan Datin Dr.Wan Azizah Wan Ismail mengambil alihnya. Tokoh politik DAP baik diperengkat pusat dan perengkat negeri Selangor ternyata dilihat mengambil sikap membisu.
Yang begitu lantang menentang ialah pucuk pemimpin PAS di Selangor.Kemudian disokong oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dari sikap dan pendirian tegas yang ditunjukan Hadi Awang dan Nik Aziz itu?
Panaroma politiknya dalam konteks mahu menukar Menteri Besar Selagor ini? Ternyata dilihat semacam memberi alamat bahawa gagasan Anwar Ibrahim mahu meletakan isterinya,Presiden parti PKR Datin Dr.Wan Azizah Ismail menduduk kerusi Menteri Besar Selangor itu dilihat semacam tiadak akan berjaya?
![]() |
Mohd Zuhdi Marzuki,Pengarah operasi Penyelidikan PAS. |
Jadi,di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor PAS kini dah ada 15 kerusi ADUN dan di campur 5 orang lagi termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan para penyokong kuatnya?
Maka kerusi ADUN PAS yang dah ada 15 kerusi itu dan dicampurkan dengan 5 ADUN geng Tan Sri Khalid Ibrahim? Jumlah kekuatan PAS dah jadi 20 orang( 20 kerusi).
Kemudian dicampur pula dengan 12 orang ADUN dari Umno? Maka kekuatan ADUN-ADUN di dalam Selangor telah menjadi 32 orang.
Tanpa Pilihan Raya Umum yang di adakan di Selangor. Secara otomatik PKR dan DAP telah jadi regim pembangkang di Selangor.Kedudukan PAS di dalam DUN Negeri Serlangor semakain kukuh dan kuat.
PAS sanggup menerima Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.Umno mungkin tidak menuntut apa-apa jawatan.Yang penting kerajaan (PR) di Selangor dah tumbag tersungkur.Disebabkan action dari Anwar dah bertemu dengan re -action dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Angan-angan PKR nak letak tokoh baru memeganga jawatan Menteri Besar Selanor terbantut. Lebih malang lagi dari pihak yang punya kuasa politik di Selangor? Kini PKR dan DAP dah jadi pihak pembangkang di Selangor hingga tahun 2018.
.
Kalau andain ini akan menjadi kenyataan ? Maka ketika itulah DAP akan rasa menyesl yang tidak berguna lagi.Nasi dah jadi bubur.Tidak pandai menghormati PAS dan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sebelum ini.
Tokoh DAP di dalam DUN Selangor yang lantang bercakap di Selangor, mungkin dah duduk kerusi pembangkang di dalam Dewan Undangan Selangor.Jawatan exco yang mereka pegang sejak tahun 2008 hingga kini,mungkin dah terlepas.
Negeri Selangor satu-satu negeri terkaya di dalam Malaysia terlepas dari tangan PKR dan DAP? Roda hidup ini sentiasa berputar.Sekejap di atas dan sekejap di bawah.
BUSUK-BUSUK DAGING MASIH BOLEH DIBASUH BERSIH-BERSIH AKHIR DIMAKAN SETEALH DIMASAK KARI.
Kita akui PAS dengan Umno memang pernah bermusuhan-musuhan di dalam politik.Tetapi sebusuk-busuk daging? Tetapi masih boleh dibasuh dan dicuci bersih-bersih dan kemudian lantas dimasak gulai kari atau digoreng dijadikan "goreng masak kicap".Wah duh! Sungguh enak dimakan.
Andaian atau persepsi ini tidak mustahil. Di dalam politik! Seseorang itu tidak akan terus jadi musuh anda.Ada masa dan ketikanya ia akan boleh bertukar jadi kawan yang akrab pula? Itulah politik manusia dan putarannya.
Datuk Khalid Ibrahim di dalam beberapa kenyatan di akhbar-akhbar tempatan kebelakangan ini,ada mengeluarkan kenyataan bahawa isu Menteri Besar Selangor ini harus ditangani dengan pandangan politik yang sebijak-bijak dan sematang-matangnya jika tidak mahu kerajaan Selangor bertukar.
Apakah ertinya itu.Anwar Ibrahim merancang.Datuk Abdul Khalid Ibrahim tentu ada perancangan sendiri.
Berdasarkan luahan itulah,maka di hari ini,menerusi ruangan ini,berani penulis memberi pandangan dan persepsi ini mungkin akan jadi kenyataan. Marilah sama-sama kita ikuti perkembangannya bersabit dengan isu Menteri Besar Selangor ini...
Yang ditakuti cadangan asalnya nak dapatkan Menteri Besar baru. Ujung-ujungnya dapat pula kerajaan baru...senjata makan tuan..(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal,blogspot.com.at 1951 hrs on July 31,2014).
No comments:
Post a Comment