Monday, July 21, 2014

Rusia dakwa kesan pesawat Sukhoi 25 milik Ukraine menghampiri MH17

KUALA LUMPUR 22 Julai - Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mengeluarkan rakaman yang menunjukkan kehadiran sebuah pesawat pejuang Sukhoi 25 milik Ukraine yang berada dalam lingkungan 10 kilometer daripada pesawat MH17 pada awal pagi 18 Julai lalu.

Rakaman video berkenaan telah ditayangkan kepada pihak media dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kedutaan Rusia di sini sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Duta Rusia, Lyudmila Vorobyeva telah menegaskan kemunculan bukti baharu ini membuktikan bahawa negaranya tidak terlibat dalam insiden tersebut.

Bukti baharu itu juga kata beliau, perlu dipandang serius oleh pasukan penyiasat antarabangsa kerana kemunculan pesawat juang berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan.

"Kami juga berharap dengan bukti terbaharu berkenaan, semua pihak dapat berhenti daripada menunding jari menuduh Rusia bertanggungjawab ke atas insiden ini," tegas beliau.

Lyudmila dalam sidang akhbar yang sama turut menegaskan bahawa negaranya tidak pernah membekalkan sebarang sistem persenjataan canggih kepada pemberontak pro-Rusia.

"Segala senjata pertahanan udara canggih yang mereka miliki diperoleh daripada rampasan perang ketika mereka bertempur dengan pihak tentera Ukraine," jelas beliau. - U\tusan online- dalam negeri (Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1427  hrs on July 22,2014.

No comments: