Saturday, August 23, 2014

Jokowi bakal bincanag isu subsidi minyak

Oleh Saharudin Musthafa

JAKARTA 22 Ogos - Bakal Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada minggu depan untuk berbincang mengenai transisi pentadbiran dan isu-isu ekonomi termasuk subsidi minyak.
Bakal Presiden baharu
Indonesia, Joko Widodo(Jokowi).

Menurut Gabenor Jakarta itu, beliau dan bakal Naib Presiden baharu Indonesia, Jusuf Kalla juga akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri Kabinet bagi mendapatkan maklum balas mengenai setiap kementerian sebelum memimpin Kabinet baharu kelak.

"Saya akan segera mengadakan pertemuan dengan Susilo untuk membincangkan permasalahan yang ada dalam pentadbiran selain memperbaiki kelemahan," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini semalam sejurus Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan menolak dakwaan penipuan dalam Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2014 oleh pencabarnya, Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa.

Beliau ketika berkempen, berikrar akan mengurangkan subsidi minyak dan menggunakan peruntukan tersebut untuk projek membantu berjuta-juta penduduk miskin termasuk projek kesihatan, pendidikan dan infrastruktur.

Jurucakap Pejabat Presiden berkata, Susilo akan bertemu Jokowi minggu depan.
Bakal Timbalan Presiden baharu
Indinesia, Jusuf Kalla

Pada sidang akhbar itu, Jokowi turut mengajak Prabowo dan Hatta untuk sama-sama membangunkan Indonesia sekali pun pasangan lawannya itu gagal meraih kemenangan dalam Pilpres 2014.

Menurut Jokowi, beliau dan Prabowo sudah lama bersahabat dan hubungan itu akan terus kekal tanpa perlu ada usaha untuk memulihkan hubungan mereka dilakukan oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Jokowi dan Jusuf akan mula dikawal oleh pasukan keselamatan khusus Tentera Nasional Indonesia (TNI), kata Panglima TNI, Panglima Moeldoko.

Pasukan keselamatan khusus TNI akan mengambil alih tugas pasukan keselamatan polis berikutan bakal pemimpin nombor satu dan dua Indonesia layak menikmati keistimewaan itu. - UTUSAN(Utusan online-Luar negara).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 1752 hrs on August 23,2014.

No comments: