Sunday, August 10, 2014

MB hadir Mesyuarat Dewan Diraja Selangor

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
Menteri Besar Selngor
SHAH ALAM 11 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini tiba di Istana Alam Shah Klang bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan khas bagi menentukan kedudukannya sebagai menteri besar negeri ini setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecah keahlian beliau, Sabtu lalu.

Abdul Khalid yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas hadir di istana berkenaan kira-kira pukul 8.45 pagi ini sebelum Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba kira-kira 15 minit selepas itu.

Dewan Diraja Selangor yang dianggotai seramai 19 ahli difahamkan akan membincangkan mengenai kedudukan Abdul Khalid selain perkara lain melibatkan pentadbiran negeri termasuklah kemungkinan rombakan atau penguguran barisan Exco kerajaan negeri serta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. - UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI. ( Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.31 am on August 11,2014.

No comments: