Monday, August 11, 2014

Sultan perkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal MB Selangor

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal
sebgaia MB Selangor
SHAH ALAM 11 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar.

Menurut Abdul Khalid, beliau akan terus menjalankan tugas sehingga ada perkembangan baharu.

Menurutnya, selepas menghadap Sultan Selangor, baginda berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan kepadanya untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi satu "sidang akhbar" yang telah disiarkan oleh RTM ( TV 1)kira-kira jam 2.10 tengah hari ini.(Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com. at 15.00 hrs on August 2014.

No comments: