Muhammad Rizalman dilihat hanya berdiam diri di kandang tertuduh sambil diperhatikan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dari tempat duduk awam.
Beliau akan dihadapkan semula ke mahkamah pada Selasa ini.
Muhammad Rizalman diterbangkan dari Kuala Lumpur ke New Zealand di bawah kawalan polis, semalam dan menghabiskan sepanjang masa dalam tahanan di Auckland sebelum menaiki satu lagi penerbangan ke Wellington, hari ini sebelum tampil di mahkamah.
Beliau pulang ke Malaysia pada Mei lalu selepas menggunakan kekebalan diplomatik, tindakan yang mencetuskan kemarahan penduduk New Zealand apabila kes tersebut didedahkan kepada umum.
Muhammad Rizalman didakwa menyerang Tanya Billingsley, 21, di rumahnya di sini, pada 9 Mei lalu.
Jika sabit kesalahan, Muhammad Rizalman boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.
Usaha media untuk merakam gambar dan penampilan atase tentera Malaysia itu di mahkamah bagaimanapun dilarang selepas peguam bela, Donald Stevens berhujah, liputan meluas kes akan menjejaskan hak anak guamnya untuk mendapat perbicaraan yang adil. – AFP( Utusan online -Mahkamah New Zealand).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.54 am on Oct.,26,2014.