Ada yang terpaksa makan mi segera setiap malam demi menikmati hidangan nasi, ayam goreng dan sedikit sayur untuk makan tengahari dengan harga RM7.
Pelajar tahun tiga Universiti Selangor ini berkata beliau menyaksikan harga makanan di sebuah restoran yang sering dikunjunginya di Shah Alam naik saban tahun.
"Disebabkan kenaikan harga makanan, ia menyebabkan saya terpaksa menyekat keinginan untuk berbelanja lebih,” kata siswi jurusan seni fotografi, Nur Afiqah Anissa (kiri).
Seorang lagi pelajar universiti itu berpendapat, kos untuk makan minum itu tidak akan memberi beban sekiranya mereka bijak merancang perbelanjaan.
“Kalau kita pandai bahagikan duit kita, dan beli untuk keperluan sahaja, rasanya tak perlu belanja lebih,” kata Noor Syamimi, seorang pelajar jurusan kewartawanan.
Pandangan itu dipersetujui seorang lagi siswi dari fakulti sama, Monika Lok (kanan) yang pasrah dengan kenaikan harga makanan yang menurutnya “tidak akan turun”.
"Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata gadis kelahiran Sarawak itu.
(Dipetik dari Marhaen blogspot.com). Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1.18 am on Oct 26,2014.
No comments:
Post a Comment