Tuesday, October 14, 2014

Kampung Mutiara : Kerajaan Pulau Pinang digesa bertindak segera

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak bertindak segera berhubung isu penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi yang diarahkan berpindah dalam masa terdekat tanpa diberikan pampasan atau rumah lain sebagai ganti.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Ruslan Kassim berkata, kerajaan DAP negeri itu perlu mengutamakan kebajikan rakyat seperti yang dijanjikan semasa pilihan raya sebelum ini.

"Kerajaan negeri perlu memainkan peranan dalam isu ini kerana melibatkan kebajikan rakyat. Jangan pandai berjanji jika tidak mampu membela nasib mereka.

"Jika berkeras nak suruh pindah, beri rumah ganti atau pampasan kepada penduduk supaya mereka tidak berasa terbeban," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam akhbar melaporkan sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringghi bakal lenyap selepas lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman masingmasing.

Kampung yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di Pulau Pinang tersebut wujud sejak 1950an dan menempatkan kirakira 48 buah keluarga.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Sammsul Adabi Mamat berkata, apa yang berlaku jelas memperlihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memperjuangkan kebajikan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Sehingga hari ini, kita tidak nampak apaapa tindakan kerajaan negeri untuk membela orang Melayu di negeri itu, malah mereka seolaholah tidak menghiraukan nasib rakyatnya yang ditimpa kesusahan.

"Kini penduduk di kampung itu boleh diibaratkan 'buku bertemu ruas' apabila mengharapkan kerajaan di bawah pakatan pembangkang membela nasib mereka, tetapi sebaliknya tiada apa yang dilakukan," ujarnya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 9.57 am on Okt.,15,2014.

No comments: