Tuesday, October 14, 2014

Pakatan pembangkang dicabar buat penafiaan terbuka isu SJKC

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad mencabar pakatan pembangkang untuk membuat penafian terbuka bahawa mereka tidak terlibat dalam gejala 'menjual politik' dalam bilik darjah di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Katanya, berbanding SJKC, beliau langsung tidak mempertikaikan status sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) kerana bersih daripada 'pencerobohan' pihak pakatan pembangkang.

Tegasnya, beliau tidak berniat untuk menghasut, namun tetap dengan pendirian bahawa semua pihak perlu prihatin bahawa pakatan pembangkang telah menggunakan SJKC sebagai landasan politik untuk menyebarkan sentimen negatif terhadap kerajaan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

n.Saya tetap dengan pendirian bahawa semua pihak perlu prihatin bahawa pihak pakatan telah menggunakan SJKC sebagai platform politik untuk sebar sentimen negatif terhadap kerajaan.

Saya mohon semua pihak supaya ambil tindakan tegas untuk membendung pelajar-pelajar SJKC daripada diperalatkan oleh pihak yang tidak ada moral dan etika kerana jual politik mereka di bilik darjah.

n. Saya cabar pihak pakatan untuk buat penafian secara terbuka bahawa mereka tidak terlibat dalam gejala jual politik di bilik darjah SJKC. Kegiatan tenaga pengajar yang propakatan perlu dikenal pasti dan diambil tindakan tegas dan keras oleh pihak berkuasa. Ja-ngan tunggu nasi jadi bubur.

n. Saya langsung tidak persoalkan status SJKT sebab mereka ini bersih daripada pencerobohan pihak pakatan. SJKT tidak digunakan oleh pihak pakatan sebagai platform politik. Saya tidak berniat untuk buat apa-apa hasutan, tetapi apa yang saya katakan adalah atas keperluan politik.

Jika pakatan mahu gunakan SJKC sebagai recruitment center, maka tindakan tegas perlu diambil oleh mereka yang membina SJKC.(Utuisan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ningal.blogspot.com.at 9.51 1m on Okt., 15,2014.

No comments: