Portal berita Arab News me­laporkan Penolong Bendahari untuk risikan kewangan dan keganasan Amerika Syarikat (AS), David Cohen berkata, kumpulan militan itu memperoleh AS$1 juta (RM3 juta) sehari dengan menjual minyak mentah daripada lapangan minyak yang dirampas di sekitar Iraq dan Syria pada awal tahun ini.
Kemewahan yang diperoleh kumpulan itu dalam tempoh singkat dari pelbagai sumber berbanding kumpulan pengganas lain, memberi cabaran hebat kepada AS dan sekutunya untuk menghalang dana mereka.
“Kami tidak mempunyai pendekatan khas atau senjata rahsia untuk mengosongkan kewangan IS dalam satu malam. Serangan berterusan akan dilancarkan dan ketika ini masih di peringkat awal,’’ katanya yang mengetuai pasukan AS untuk memerangi kumpulan militan tersebut.
Cohen berkata, taktik utama pembiayaan IS itu membolehkan kumpulan tersebut menghasilkan berpuluh juta dolar sebulan.
“Mereka boleh menjual lebih 50,000 tong minyak sehari daripada kilang penapisan minyak yang dirampas pada harga yang murah,’’ ujarnya.
Beliau berkata, minyak ber­kenaan telah dijual kepada puak Kurdis di Iraq dan kemudian dijual semula di Turki, tindakan dibuat melalui pasaran gelap.
Naib Presiden badan bukan kerajaan AS, Carnegie Endowment for International Peace, Marwan Muasher berkata, IS kini dianggap kumpulan pengganas paling kaya dan mempunyai kebolehan memperoleh sumber kewangan canggih.( Utusna online-Luar Negara).Posted bya abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 184 hrs on Okt.,25,2014.