Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, program itu mengupas dan mendedahkan jumlah sebenar Tanah Rizab Melayu yang tidak diganti setelah diambil untuk tujuan pembangunan termasuk kemudahan kepada kaum lain sejak sekian lama.







Katanya, program di Dewan Utama Istac bermula pukul 2 petang itu turut menjadi medium dalam memberi tekanan kepada pihak tertentu untuk mengembalikan tanah milik orang Melayu tersebut.
“Kami mahu orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sedar bahawa tanah yang telah diwasiatkan oleh Raja-Raja Mela­yu pada 5 Ogos 1957 telah hilang dan lebih 88 peratus daripadanya tidak diganti.
“Kami berharap program ini dapat menjadi platform untuk membuka mata semua pihak agar dapat bertindak dengan kadar segera menyelesaikan polemik yang berlarutan ini,” katanya.
Menurut Syed Hassan, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Shiekh Abdul Halim akan menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan program tersebut.
Katanya, program itu juga menampilkan dua orang ahli panel, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Prof. Datuk Nik Mohd. Zain Nik Yusof yang juga merupakan bekas Ke­tua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian.
“Panel kedua ialah Dr. Mohd. Hasrol Hafiz Aliasak yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan Ukur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sri Iskandar.
“Mereka berdua sangat pakar dalam mengutarakan isu seperti ini. Ahli Perkasa dan orang ramai boleh hadir namun tempat adalah terhad,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 184 hrs on Okt.,25,2014.