Naib Presiden Pas
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, bukan tujuan Pas untuk menyekat hak orang bukan Islam, yang penting adalah peranan dan komitmen semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mencegah amalan negatif seumpama itu supaya tidak menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
“Kita tidak sekat, jangan salah anggap Pas sekat hak bukan Islam, malah di Kelantan pun ada arak. Cuma kita tak mahu budaya yang kita anggap tidak baik se­perti ini, kalau kita hendak bentuk budaya, budaya apa yang sebenarnya kita hendak bawa kepada rakyat.
“Kita orang Timur ada budaya beradab, tidak boleh kita tunjuk budaya negatif. Saya angap hak sosial itu hak masing-masing tetapi jangan kita bina satu persepsi kepada gene­rasi baharu dan benda tidak baik, kalau dibuat akan jadi kebiasaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Nadwah Pemerkasaan Du'at Nekad 2.0 bertajuk Daie: Melestari Keistiqamahan Perjuangan di Dewan Tok Guru Masjid Rusila di sini hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat berkata, secara peribadi beliau risau amalan sedemikian akan menjadi satu budaya dalam kalangan remaja di negara ini dan sekiranya tidak dicegah dari awal, akan membawa kemudaratan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh agama, pemimpin politik dan masyarakat duduk berbincang untuk mencari kaedah terbaik bagi memacu masa depan generasi akan datang.
Mengenai keputusan Mohd. Tamrin Abdul Ghafar yang bertindak keluar daripada Pas Rabu lalu, Tuan Ibrahim percaya tindakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan untuk meninggalkan Pas selama-lamanya sebaliknya masih sayangkan parti berkenaan.( Utusan online-politik.).Posted by abnmulya /Abu B akar Ningal.blogspot.com at  1401 hrs on Okt., 19,2014.