Saturday, October 18, 2014

MALAYSIA TERIMA UCAPAN THNIAH

WAKIL negara-negara anggots PBB bersiap sedia untuk mengundi bagi memilih lima (05) anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB di New York kelamrin .Malaysia ,Venezuela, Angola,Serpanyol dan New Zealand dipilih mengisi lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dalam undian itu. AFP.
NEW YORK 17 Okt. - Dunia mengucapkan tahniah kepada Malaysia, Angola, Venezuela, Sepanyol dan New Zealand atas pemilihan negara-negara ber
kenaan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), semalam.

Portal berita TurkeyAgenda me­metik Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu sebagai berkata, walaupun negara itu tidak berjaya dalam pemilihan tersebut, Ankara ingin mengucapkan tahniah atas kemenangan kelima-lima negara tersebut menjadi anggota tidak tetap UNSC.

"Turki akan terus memberikan kerjasama institusi wilayah dan antarabangsa, walaupun tidak terpilih kali ini,'' katanya selepas pengumuman keputusan berkenaan.

Seorang jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar, Perdagangan dan Pembangunan Kanada, Claude Rochon pula berkata, Ottawa mengharapkan semua anggota Majlis Keselamatan melaksanakan tanggungawab yang membina bagi menangani cabaran dalam keamanan dan keselamatan global.

Dalam pada itu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman melahirkan rasa gembira atas kejayaan Malaysia dipilih buat kali keempat dalam Majlis Keselamatan PBB.

Beliau turut berbangga Malaysia meraih undian kedua tertinggi, sekali gus mencatat sejarah berbanding kejayaan sebelum ini.

Malaysia menduduki tempat ke­dua dengan 187 undi daripada 192 negara yang mengundi pada Perhimpunan Agung PBB, di sini semalam.( Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 1328 hrs on Okt 19,2014.

No comments: