Thursday, October 16, 2014

Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (/NODE 12075).

SUASANA ketika proses  pengundian bagi memilih anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu( UNSC) di New York,sebentar tadi, -Foto PBB.
NEW YORK: Malaysia dipilih sebagai satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) apabila meraih majoriti besar, sebentar tadi.

Malaysia mendapat 187 undi dari 192 negara anggota yang menyertai proses pengundian secara sulit.

Pengundian itu diadakan bagi mengisi lima kekosongan dengan Malaysia, Angola dan Venezuela dicalonkan sebagai calon tunggal dari rantau masing-masing.

Angola yang meraih 190 undi dipilih dengan Malaysia (187), diikuti Venezuela (181) dan New Zealand (145) serta Sepanyol (132) sebagai anggota tidak tetap UNSC bagi penggal 2015-2016.

Sebaik selepas keputusan undian diumumkan, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau amat gembira untuk mengumumkan bahawa Malaysia berjaya meraih satu kerusi UNSC sebagai wakil tidak tetap dan akan berkhidmat mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016.

Datuk Seri Anifah Aman menghadiri proses pengundian bagi memilih \anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York,hari ini-Foto AP/UN.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan penghargaan kami yang tidak terhingga dan kepada semua negara anggota PBB kerana menyokong dan mengundi Malaysia.

"Jumlah undi yang diterima adalah testimoni kepada reputasi cemerlang sejak sekian lama sebagai wakil yang bertanggungjawab terhadap komuniti antarabangsa terutama dalam konteks keamanan dan keselamatan antarabangsa," katanya.

Anifah berkata,jumlah undi yang diterima membolehkan Malaysia meraih sokongan padu dan mengukuhkan kredibilitinya apabila menjadi wakil tidak tetap majlis berkenaan.

PETUGAS menunjukkan kotak kosong kepada 193 negara anggoita Perhimpunan Agung Pertubhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum pengundian secara sulit bagi memilih lima  (05) anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB di New York,sebentar tadi-Foto AFP.
Anifah berkata,Malaysia amat menghargai dan terharu dengan kepercyaan serta perpaduan yang ditunjukkan oleh sebahagian besar negara anggota PBB yang menyokong pencalonan Malaysia untuk kerusi tidak tetap majlis berkenaan.

Berikut,kita amat menyedari harapan yang disandarkan kepada Malaysia sebagai wakil dalam UNSC.

"Kita ingin mengulangi ikrar untuk bekerjasama dengan wakil lain dalam majlis berkenaan, malah dengan saramai mungkin negara anggota PBB serta rakan lain dan negara  anggota bagi memenuhi mandat dan mendukung Piagam PBB untuk kebaikan bersama," katanya.

Mengenaii keutamaan yang harus dilaksanakana sebagai wakil UNSC,Malaysia menyasarkanb untuk terus menyokong wawasan berkaitan keamanan dan kesederhanan,mempromosikan rundingan sebagai poendapatan menyelesaikan  konflik,meningkatjkan misi keamanan dan menyemai keamanan menerusi sokongan teknikal dari negara yang bangkit daripada konflik.

Malaysia juga akan terus menggalakkan perbincangan menegnai penambahbaikkan Majlis Keselamatan itu.

Anifah turut mengucapkana terima kasih kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak atas segala bimbingan dan kepimpinan dalam kempen UNSC untuk Malaysia.( Dipetik dari Berita Harian onlinep-)Posted by abnmulya /Abu Bakar N inggal.blogspot.com at 1703 hrs on Okt.,17,2014.

No comments: