Monday, October 13, 2014

Saya belum terima surat penggantungan ahli-Saari Sungib

SHAH ALAM 13 Okt. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib yang digantung keahliannya daripada parti semalam sehingga kini belum menerima sebarang notis pemberitahuan daripada Pas Pusat.

Sehubungan itu, Saari berkata, beliau mahu menunggu notis tersebut sebelum mahu mengambil sebarang tindakan sewajarnya termasuk membuat rayuan.

"Belum (menerima notis penggantungan)," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saari dan seorang lagi wakil rakyat Pas iaitu ADUN Morib, Hasnul Baharudin digantung keahlian selama setahun bermula semalam kerana menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar pada Julai lalu.

Hasnul walau bagaimanapun sehingga hari ini masih gagal untuk dihubungi.( Utujsan online-Politik).Posted  by abnmulya / Abu bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.19 am at Okt.,14,2014.

No comments: