KUALA LUMPUR 13 Okt. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan salah laku rasuah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih menjawat jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pengerusi Solidariti Abdul Khalid Ibrahim, Hazlan Shaffii Adil berkata, sehingga hari ini, SPRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun keputusan hasil siasatan yang dilakukan berkaitan dakwaan dilaporkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu lain.
"Sehingga kini, SPRM belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang hasil siasatan yang dilakukan, sedangkan perkara ini sudah lama dilaporkan.
"Kami masih menanti keputusan itu bagi membuktikan bahawa dakwaan itu benar-benar wujud ataupun tidak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beberapa NGO dan individu sebelum ini membuat laporan mendakwa Mohamed Azmin terlibat dalam salah laku rasuah semasa menjawat jawatan tersebut.
Mengulas lanjut Hazlan Shaffii berkata, SPRM perlu telus dalam melaksanakan tanggungjawab khususnya yang membabitkan pemimpin dalam siasatannya.
"Kami mengharapkan agar SPRM akan memberi jawapan secepat yang mungkin supaya tidak terus menjadi tandatanya kepada kami semua.
"Sekiranya siasatan telah dibuat, kami juga meminta agar SPRM mengemukakan keputusan secara bertulis," tegasnya.(Utusan online-politik)_.Posted by ab mulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.48 am on Okt.,14,2014.
No comments:
Post a Comment