Pengerusinya Prof Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah berkata perhimpunan atau aktiviti yang hanya menjurus kepada sokongan terhadap individu atau ideologi pemimpin tertentu tidak wajar diadakan dalam kampus universiti, lebih-lebih lagi yang bertujuan untuk mempengaruhi golongan muda seperti mahasiswa.
Adalah tidak sesuai sama sekali sekiranya pihak luar mengadakan aktiviti perhimpunan dalam mana-mana kampus universiti, yang tidak berkaitan dengan peranan dan kehidupan sebagai seorang mahasiswa, katanya dalam kenyataan di sini Isnin.
Mohamed Asin yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berkata ini bagi menjamin para mahasiswa memberikan tumpuan kepada aktiviti akademik, pembudayaan dan penguasaan ilmu serta pembangunan sahsiah mereka.
“Saya menyeru kepada semua pihak agar menghormati universiti sebagai sebuah institusi akademik yang berperanan untuk mendidik para mahasiswa dalam pelbagai bidang ilmu serta pada masa yang sama membangunkan sahsiah dan jati diri mereka secara positif sehingga menjadi golongan professional yang mampu membangunkan negara pada masa hadapan, bukan sebagai perosak atau penghancur negara.
“Pengalaman beberapa negara luar menggunakan mahasiswa universiti untuk menentang serta menjatuhkan sesebuah kerajaan adalah tidak demokratik dan tidak wajar sama sekali dilaksanakan di negara kita ini,” katanya. - BERNAMA( Utusan online-politik).Posted  by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1747 hrs on Oct.,27,2014.