Ketuanya, Khairy Jamaluddin pada masa yang sama mengecam tindakan Setiausaha Agung DAP itu yang disifatkan sengaja tidak menghormati dan menimbulkan kemarahan umat Islam.
“Saya amat dukacita dan mengecam kenyataan Guan Eng sebab ia menimbulkan kemarahan seolah-oleh tidak menghormati undang-undang syariah,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas The Rembau Challenge di Dataran Rembau dekat sini hari ini yang turut dihadiri oleh Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman.
Guan Eng dalam kenyataan portal berita memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Ketua Menteri itu dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menggesa Pas agar menyatakan pendirian dalam hal berkenaan.
Jelasnya, sebagai parti yang berlandaskan Islam, orang ramai pas-tinya ternanti-nanti pendirian Pas.( Utusan online-politik)..Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.36 noon on Dis-15,2014.