Monday, December 15, 2014

'Hormati Pas ( atau) keluar pakatan'



Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU 15 Dis. – “Hormati Pas atau keluar daripada pakatan pembangkang.” Mohd. Amar Nik Abdullah 

Demikian amaran keras Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kepada DAP berikutan tindakan parti itu yang berterusan menentang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mohd. Amar dalam nada tegas berkata, Pas akan tetap dengan perjuangan mereka selama ini untuk melaksanakan undang-undang Islam walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

“Dia tidak boleh paksa Pas ikut dia (tolak hukum hudud). Kita akan tetap laksanakan hukum hudud. Kalau DAP rasa tidak selesa dengan perjuangan Pas, dia boleh undur, keluar pakatan pembangkang.

“Kita tidak akan tukar perjuangan kita hanya untuk menang pilihan raya. Kita takkan korbankan perjuangan kita semata-mata hanya untuk mendapatkan kerusi pada pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud sudah sejak sekian lama iaitu sebelum wujud­nya pakatan pembangkang.
Malah katanya, melaksanakan hukum hudud di Kelantan juga adalah pilihan rakyat dan DAP sepatutnya menghormati pendirian tersebut.

“DAP tidak setuju itu hak dia, tetapi DAP juga tidak ada hak dan boleh menyekat atau menghalang Pas untuk melaksanakan hukum hudud,” tegasnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1301 hrs on Dis-16,2014.

No comments: