Akhbar itu menyiarkan karikatur yang dilukis oleh Bill Leak bertajuk 'Mari kita berdoa’ (Let us pray) yang menunjukkan Nabi Isa sedang memegang al-Quran dan memberitahu Nabi Muhammad SAW: "Saya telah beritahu kamu ini memerlukan sekuel," yang merujuk kepada Kitab Injil.
Nabi Muhammad digambar memegang sebuah akhbar bertajuk 'Dunia ketika Perang’ (World at War), kemudian membalas bahawa baginda tidak boleh kembali kepada bentuk manusia sekarang kerana baginda akan 'disalib’.
Dalam halaman lidah pengarang akhbar itu, Weekend Australian meminta negara-negara Barat supaya tidak menunjukkan kelemahan bagi mempertahankan nilai-nilai teras mereka atau berundur dalam menegakkan kebebasan bersuara.
"Sama ada secara sengaja atau tidak, satu daripada aspek yang paling merosakkan dalam insiden kekejaman ini," katanya merujuk kepada serangan di Paris adalah "serangan itu mengugat tamadun kita yang sudahpun menunjukkan kelemahan, satu hujah yang memerlukan tindakan politik untuk dibetulkan."