Menteri di Jabatan Perdana Meteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, khutbah Jumaat juga termasuk di dalam aktiviti dakwah secara lisan yang berunsur pendidikan menerusi nasihat agama,menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan selain mengambil kesempatan menyampaikan dasar-dasar negara.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menye­ragamkan dengan menerbitkan teks khutbah Jumaat dan menyelaraskan aktiviti di mimbar seperti pentadbiran tempat ibadat agama lain bagi mengelak tersasar daripada objektif asal.