Menunggu detik-detik komen muktamad dari Presiden Umno penuh dengan debar.......
Datuk Seri Najib Tun Razak Preside Umno |

Oleh:Haji Abu Bakar Ninggal
February 17,2015 at 3.45pm.
Jika kita membuat kira-kira dan analisa dari segi politik? Dlihat ada nilai yang tersembunyi disebalik cadangan itu dan ianya sangat menarik terutamanya kepada para penganalis politik tempatan?
Cadanagan yang dibuat oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed,Ketua Perhubugan Umno Kelantan yang mahukan agar Umno Kelantan tidak perlu bertanding di dalam PRK(Pilihan Raya Kecil DUN Cempaka) yang akan datang ini akibat satu kerusi DUN di Kelantan jadi kosong lantaran kematin Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini.
![]() |
Datuk Seri Mustapa Mohamed |
Sekaligus merupakan gerakan sulit dan besar manfaatnya untuk kepentingan Melayu seluruh Malaysia amnya yang telah dirundingkan oleh pucuk pimpinan Umno diperingkat tertingi sebelumnya.
Aklibat dari gerakan yang rapi lagi menarik itu? Maka gagasan Datuk Seri Mustapa Mohamed itu dilihat secara sepontan telah mendapat sambutan yang baik dan serta merta disokong oleh sayap Ketua Pemuda Umno oleh Ketuanya Khairy Jamaluddin dan sayap Wanitanya oleh Datin Seri Shahrizat dan disokong juga oleh sayap Puterinya oleh Mas Ermieyati Shamsuddin
![]() |
Khairy Jamaluddin |
Disamping itu penulis lihat beberapa orang para pemimpin badan ngo-ngo tanah air dan penganalisa-penganalisa politik tanah air telah memberi sokongan dan sambutan yang baik terhadap gagasan yang telah disarankan oleh Datuk Seri Mustafa Mohamed itu.
Penulis selaku Ketua Biro IT dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang mempunyai sebanyak 155 buah badan-badan ngo lain yang bergabung dan mempunya ahli-ahli seramai lebih seratus lima puloh ribu orang..
Penulis,secara pribadi menyokong sekuat-kuatnya saranan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Mustapa Mohamd itu tanpa banyak songil lagi.
![]() |
Dartuk Seri Shahrizat |
Penulis begitu yakin bahawa saranan yang telah dilontarkan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed yang telah tersebar luas di media arus perdana tanah air beberapa hari yang lalu ini telah pun dibaca oleh seluruh para pemimpin Umno di Bahagian-Bahagian di seluroh Malaysia.
Diharapkan mereka semua memahami apa yang tersirat di dalam gagasan yang telah dibuat oleh Ketua Perhubugan Umno Kelantan itu.
Justeruitu,seboleh-bolehnya,jangan ada yang terlatah lantas membuat komen mengikut cara semacam komen-komen yang telah dibuat oleh Ibrahim Ali,Presiden Perkasa,menerusi portal Malaysiakini dua tiga hari yang lalu.
Jika ada politikus Umno terlatah membuat komen yang tak senonh? Ia akan menyentuh hati nurani kawan-kawan kita di sebelah sana.Al maklumlah bahwa PENA ini adalah lebih tajam dari pedang.
LAZIMNYA sesuatu bentuk perpaduan itu akan ujud setelah kedua-dua belah pihak telah menemui titik pertemuan bersama.Yang memberi telah memberi dengan ikhlasnya.Dan yang meminta telah mendapat apa yang mereka minta. Sama rata dan sama adil.
Ertinya kedua-dua belah pihk sudah bersedia berkorban hak masing-masing demi perpaduan ummah Melayu Islam yang diimpikan bersama. Jika ia jadi retak? Tak mungkin dapat dibaiki semula.
Biarkanlah Ibrahim Ali menyalak dan terus menyalak sepeti anjing menyalak bukit.Kesannya? kosong melopong belaka.Biarkan Ibrahim Ali terjun dengan labu-labunya.
Penulisat juga berharap kepada para pemimpin Umno di Bahagian-Bahagian di seluruh Malaysia,hendaklah tidak ambil peduli tentang cemuhan-cemuhan negatif yang telah di buat oleh pihak pembangkang menerusi bloger-bloger yang pro pada pembangkang terhadap gagasan mulia lagi murni sifatnya yang telah diorbitkan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed itu.
![]() |
Mas Ermieyati Shamsuddin |
Ditakdirkan jika Allah S..W.T.mengizinkan gagasan Datuk Seri Mustapa itu berjaya jadi kenyataan? Bererti ke musnahan politik pakatan pembangkang itu sendiri di masa muka di arena politik tanah air di Malaysia.
Cita-cita dan harapan mereka ke Putrajaya pasti terbantut.di tengah jalan seperti yang telah berlaku pada PRU-12 dan PRU ke-13 dulu itu.
Pakatan mereka akan jadi hancur lebur,musnah,berkecai-kecai jadinya.Itulah yang membuatkan pembangkang sangat takut ketibaan hari itu.Semacam takutnya parti DAP dengan hukum hudud akan terlaksana di Kelantan.
Maka itulah sebabnya mereka itu dilihat jadi batu api sekaligus mereka tidak henti-hentin mencari jalan agar gagasan Datuk Seri Mustapa itu jadi gagal.Ujudnya kerajaan perpaduan di Kelantan? Merupakan satu malapetaka kepada PKR/DAP.
MENUNGGU DENGAN PENUH DEBAR....
Di dalam suasana yang sangat panas akibat sokongan yang sedang diberika kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung dengan gagasannya itu?
Sementara itu,rakyat Kelantan khasnya dan ahli-ahli Umno seluruh Malaysia amnya, kini sedang menunggu-nunggu penuh dengan debaran,menanti-nanti komen positif yang keluar dari mulut Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Tim. Presiden Umno,Tan Seri Muhyiddin Yassin .
Semolek-moleknya, 3 orang Naib-Naib Presiden Umno hendaklah membuat komen menyokong gagasan yang telah dibuat oleh Datuk seri Mustapa terlebih dahulu sebelum Presiden dan Timbalan Presiden Umno membuat komen yang boleh dikatakan dah muktamad berhubung dengan isu tersebut. Amin!!( Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal. blogspot. com. t 3.46 pm on Feb-17,2015.
No comments:
Post a Comment