KUALA LUMPUR 4 Feb. – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini berikutan kenyataannya menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan fahaman ekstremis akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok atas tuduhan menghasut.
![]() |
Eric Paulsen |
Menerusi Twitter itu, dia menuduh Jakim menyebarkan fahaman tersebut setiap Jumaat dipercayai merujuk khutbah solat Jumaat kepada umat Islam. Pada 12 Januari lalu,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap peguam tersebut atas tuduhan berkenaan di pejabatnya di Brickfields pada pukul 9.45 malam dan direman selama dua hari sebelum dibebaskan.
Berikutan tuduhan itu, pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pihak berkuasa menyiasat peguam itu dan mengambil tindakan sewajar terhadapnya.
Selain Jakim yang mengkritik kenyataan Eric, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan tindak tanduk peguam itu sebagai biadab dan mempunyai agenda pencerobohan terhadap Islam dengan menyemai unsur-unsur provokasi dan penghinaan terhadap agama suci ini. &
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mengkritik kenyataan Eric yang disifatkan cuba melakukan provokasi terhadap umat Islam.
Antaranya Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) dan Concerned Lawyers for Justice (CLJ) yang menegaskan, kontroversi dicetuskan Eric itu memperlekehkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan memberi kesan negatif terhadap umat Islam yang merupakan kelompok majoriti di negara ini.(Utusan online).Posted by abnmulya //Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.56 am on Feb--05,2015.
No comments:
Post a Comment