Thursday, February 5, 2015

Isu sabotaj ekonomi tidak boleh dipandang ringan

06 Februari 2015 2:21 AM

Tan  Sri Muhyiddin Yassin
LIPIS 5 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, isu sabotaj ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan dan siasatan rapi perlu dilakukan bagi mendapatkan kesahihan berhubung dakwaan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak sepatutnya mengelak daripada membuat sebarang andaian berhubung perkara tersebut sebelum dakwaan itu terbukti kerana melibatkan kepentingan negara.

“Jika dikatakan ada orang sa­botaj ekonomi, itu kita tidak boleh pandang ringan. Tapi kita kena juga jelas apa yang dimaksudkan atau apakah benar tuduhan itu dan faktor tertentu yang menyebabkan kita terjejas,’’ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di Kampung Aur Gading di sini hari ini.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urus niaga mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Menurut Muhyiddin, isu sa­botaj ekonomi negara perlu mendapat penjelasan yang terperinci dan tepat daripada pihak berkuasa ter­babit dan pakar ekonomi.;

Katanya, pelbagai faktor luar kawalan juga perlu dilihat seperti masalah ekonomi global yang menjejaskan ekonomi negara termasuk penurunan harga minyak dan pendapatan nasional.(utusan online).Posted by abnmulya  /Abu Bakar NInggal.blogspot,com.at9.52 am on Feb--06,2015.

No comments: