06 Februari 2015 2:34 AM.
PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Ibu Iriana tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang kira-kira pukul 3.50 petang semalam bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.
Kunjungan buat pertama kali Joko serta isteri ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat rasmi kerajaan Indonesia itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan penuh istiadat negara. Yang turut hadir Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan menteri Kabinet yang lain. – BERNAMA
SEPANG 5 Feb. – Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Ibu Iriana tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 3.50 petang ini bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.
Kunjungan buat pertama kali Joko atau Jokowi serta isteri ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat rasmi kerajaan Indonesia itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dengan penuh istiadat negara.
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan menteri Kabinet yang lain.
Malaysia merupakan negara pertama dikunjungi Presiden Indonesia itu selepas mengambil alih teraju pemerintahan republik itu pada 20 Oktober tahun lalu.
Lawatan rasmi tersebut disifatkan sebagai sungguh bermakna dalam konteks hubungan negara anggota rantau Asia Tenggara, tambahan pula Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN tahun ini.
Kunjungan Presiden Indonesia itu juga adalah sebagai memenuhi jemputan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sebaik sahaja Jokowi tiba di pekarangan kompleks tersebut, lagu Indonesia Raya dan Negaraku dimainkan oleh Kumpulan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi.
Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan ke udara oleh Pasukan 41 Istiadat.
Presiden Indonesia itu kemudian melakukan pemeriksaan perbarisan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja melibatkan 104 anggota serta pegawai yang diketuai oleh Mejar Mohd. Herdi Ismail.
Jokowi dan isteri dijadual menghadiri Majlis Santapan Negara di Istana Negara malam ini.
<
Antara perkara utama yang dijangka dibincangkan adalah isu sempadan maritim dan darat, tenaga kerja Indonesia di Malaysia serta usaha-usaha meningkatkan kerjasama ekonomi kedua-dua negara.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Jokowi dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya dan selepas itu beliau akan ke Shah Alam melawat kilang pengeluar kereta nasional, Proton.( Utusan online) Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal Blogspot.com at 11.50 am on Feb-06,2015...
No comments:
Post a Comment