![]() |
Anuar Shaari |
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, meskipun Kooi Ong telah mengeluarkan kenyataan media bagi menafikan tuduhan tersebut, ahli perniagaan itu sewajarnya mengadakan sidang akhbar dengan menjemput semua media bagi memberi penjelasan terperinci.
“Masyarakat terkeliru dengan kenyataan beliau serta kurang pasti dengan kenyataan beliau bertulis; ‘I did not at any time short the Malaysian Ringgit’ (Saya tidak pada bila-bila masa melakukan jualan singkat terhadap ringgit).
![]() |
Datuk Tong kooi Ong |
Menurut Anuar, tuduhan terhadap Kooi Ong yang tersebar dalam media sosial adalah satu tuduhan yang serius dan ahli perniagaan itu sepatutnya mengambil ruang menerusi sidang akhbar untuk menyangkal setiap dakwaan.
“Ini juga bagi mengelakkan persepsi kenyataan akhbar Tong Kooi Ong ditulis oleh orang lain, sekali gus membersihkan nama beliau,” katanya.(Utusan online).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at1326 hrs on Feb--02,2015.
No comments:
Post a Comment