![]() |
Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas |
“Kalau tahun 1998 dahulu, George Soros yang melakukannya tetapi sekarang ini, orang Malaysia sendiri yang terlibat dan orang itu memang dalam kalangan terkaya dan ternama.
“Bank Negara perlu bersikap proaktif, kalau orang dari negara lain melakukannya agak susah untuk diperbetulkan tetapi kalau serangan itu datang dari dalam negara, sesuatu perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.
Semalam, pemilik syarikat media, Kumpulan The Edge dan portal propembangkang, The Malaysian Insider, Datuk Tong Kooi Ong tampil menafikan beliau merupakan individu yang melakukan kegiatan spekulasi mata wang bagi menjatuhkan ekonomi negara seperti dikaitkan di media sosial.
Menurut Megat Najmuddin, kegiatan spekulasi mata wang sememangnya sukar untuk disekat, namun tindakan perlu diambil sekiranya pihak yang sabotaj ekonomi itu adalah rakyat Malaysia sendiri.
“Lebih elok sebenarnya sekiranya Bank Negara dan kerajaan siasat kerana masalah ini menyusahkan rakyat dan negara. Banyak bank yang melakukan spekulasi mata wang ini datang dari negara jiran dan mereka tidak akan bertindak sedemikian sekiranya tiada dalangnya,” kata beliau.
Katanya, meskipun Kooi Ong telah menafikan tuduhan berkenaan, adalah lebih wajar untuk beliau tampil mengadakan sidang akhbar memberi penjelasan lebih terperinci mengenai isu tersebut.( Utusan online).Posted by abnmulya / Abu Bakar NInggal.blogspot.com.at 12.46 noon on 02 Feb--2015.
No comments:
Post a Comment