Wednesday, February 25, 2015

Pas sedia berdepan DAP.

Bahas hukum hudud di Parlimen

RODEELIO JUNJUN TAUCAN:  26 Februari 2015 1:37 AM

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Pas tidak akan tergugat dengan ancaman atau ugutan daripada DAP sebaliknya sedia berbahas dengan pemimpin parti itu sekira­nya Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau hukum hudud dibentangkan di Dewan Rakyat April ini.

Datuk Dr.Mahfodz Mohamad
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, wakil rakyat Pas telah bersedia berhujah untuk memastikan matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan dapat direalisasikan.

Tegas beliau, hukum hudud mesti dilaksanakan kerana telah menjadi matlamat asal penubuhan Pas, justeru DAP tidak akan mampu menghalangnya walau apa cara sekalipun.

“Sekarang ini tinggal di peringkat pengurusan untuk dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac dan kemungkinan bulan April di Parlimen jadi nampak sangat pelaksanaannya sudah di peringkat hujung.

“Kalau DAP tidak setuju, duduk diam tunggu dibentangkan baharu kita lihat macam mana, Pas sudah kaji untuk melaksanakannya sejak 1990 lagi, maka kita tidak akan berundur dan bersedia berbahas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan seperti dilaporkan hari ini mempersilakan DAP untuk meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya parti itu masih berkeras membantah hasrat Pas untuk meneruskan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Gesaan tersebut dibuat berikutan kenyataan Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo kelmarin yang menegaskan hukum hudud tidak mendapat sokongan daripada pakatan itu dan bukan sebahagian rangka kerja bersama mereka.

Mengulas perkara itu, Mahfodz berkata, apa sahaja persetujuan yang dicapai di dalam pakatan pembangkang tidak akan mengubah dasar perjuangan Pas malah parti itu lebih senior daripada sekutu mereka.

“Tidak logik kalau sebab ancaman itu, Pas tukar dasar kerana parti ini dan perjuangannya telah wujud lebih lama daripada pakatan pembangkang sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak,Norzali Musa berkata sidang dewan Kelantan nanti diharapkan dapat memperkasakan enakmen tersebut agar lebih lengkap sebelum dibentangkn di Dewan Rakyat. 

"Wakil Rakyat Pas yang ada boleh berhujah tetapi perengkat permulaan adalah di Kelantan.Saya harap semua kelemahan dapat diperbaiki supaya apabila  di bawa ke Dewan Rakyat semuany lengkap," katanya.(Utusan online-politik).Posted bya abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1335 hrs on Feb-26,2015.

No comments: