![]() |
CRAIG HICKS- 46 TAHUN |
Craig Hicks, 46, didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan pembunuhan kelas pertama dan satu lagi pertuduhan kerana melepaskan tembakan ke arah kediaman yang berpenghuni, kata kerani pembantu Mahkamah Agung Durham County, Angela Kelly.
Deah Barakat, 23, seorang pelajar pergigian Universiti Carolina Utara, isterinya, Yusor Abu-Salha, 21, dan adik perempuan Yusor, Razan, 19, ditembak mati di sebuah kondominium kira-kira tiga kilometer dari kampus universiti itu.
Pegawai penyiasat sebelum ini berkata, kejadian itu berpunca daripada pertikaian tempat letak kereta, namun mereka turut melihat kemungkinan lain sama ada serangan Hicks didorong oleh faktor agama memandangkan kesemua mangsa beragama Islam.
Hicks seorang pelajar pembantu perundangan di Kolej Komuniti Teknikal Durham sejak 2012 digambarkan menerusi laman Facebook miliknya adalah seorang ateis dan memuuatnaik status antiagama.
Kes itu menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penganut Islam di Amerika yang mendakwa melihat peningkatan ancaman terhadap mereka sejak beberapa minggu lalu.
Dalam perkembangan berasingan, tunjuk perasaan yang disertai berpuluh-puluh belia diadakan di Gaza semalam bagi membantah kematian tiga pelajar Islam warga AS yang memaksa penutupan sementara beberapa pertubuhan bantuan di wilayah itu.
“Kami datang ke sini hari ini bagi menutup institusi-institusi Amerika selama dua jam. Acara ini bertujuan untuk mengecam dasar media tertutup dan media AS yang berdiam diri serta sikap membisu pegawai kerajaan Amerika,’’ kata seorang aktivis, Jamal Yaghi. – REUTERS/AFP.( Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.32 am on Feb-19,2015.
No comments:
Post a Comment