KUALA LUMPUR 16 Feb. – Tiada sebarang manfaat untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Barisan Nasional (BN) telah memperoleh kemenangan dengan majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dua tahun lalu.
![]() |
Khairy Jamaluddin Abu Bakar |
Tegasnya, Nurul Izzah dianggap sebagai individu yang tidak bertanggungjawab kerana mengeluarkan kenyataan tanpa mengemukakan bukti yang kukuh.
“Kenyataan Nurul Izzah ini tidak boleh dipercayai kerana beliau mempunyai rekod tidak bercakap benar berdasarkan penipuan terhadap Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sehari dua sebelum bertanding pilihan raya lalu dan menarik balik kenyataan tersebut di mahkamah,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam kempen March 2 Freedom di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam yang mendakwa BN pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar jika beliau meninggalkan pakatan pembangkang.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang hanya mendedahkan tawaran tersebut selepas pilihan raya selesai.
“Jika betul dakwaan itu, kamu perlu tanya kepada Perdana Menteri tetapi bagi saya, kenyataan itu tidak boleh dipercayai. BN memperoleh kemenangan dalam pilihan raya lalu, buat apa Perdana Menteri memberi tawaran jawatan kepada pihak yang kalah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menyatakan bahawa BN belum membuat keputusan rasmi sama ada akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lalu. ]
Katanya, perkara itu hanya akan diketahui selepas mengadakan perbincangan lebih lanjut di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi UMNO.
“Kita belum membuat keputusan lagi dan sekiranya BN tidak bertanding dalam DUN Chempaka, ia tidak bermakna Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan perlu dibubarkan kerana badan tersebut ia bukan hanya untuk bertanding di DUN Chempaka sebaliknya bertanding di seluruh kawasan negeri tersebut,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.27am on Feb-19,2015.
No comments:
Post a Comment