Tuesday, April 21, 2015

Ahli ingkar punca perbalahan

Punca perbalahan dalaman Pas
22 April 2015 1:45 AM 


KUALA LUMPUR 21 April – Tindakan beberapa ahli Pas yang mengingkari keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini menjadi punca kepada kekerapan perbalahan dalaman yang berlaku kepada parti itu.
Datuk Dr.Haron Din

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, setiap keputusan majlis itu adalah berpegang teguh kepada al-Quran, as-Sunnah, Qiyas dan ijmak ulama, maka ahli serta pimpinannya perlu akur kepada pendirian yang dibuat.

Jelas beliau, sebagai badan induk berkecuali kepada Pas, majlis tersebut akan terus memainkan peranan periksa dan imbang selain menjadi penasihat kepada parti meskipun terpaksa berdepan dengan konflik.

Katanya, hal ini demikian ke­rana badan induk itu diwujudkan bagi memantau pergerakan parti berteras Islam tersebut agar tidak terpesong daripada landasannya.

“Apabila dasar Pas Islam dan pegangan tertingginya al-Quran dan as-Sunnah, maka tentulah akan ada dalam perhitungan politik kita beberapa keputusan yang akan berlaku.

Bila keputusan itu kita lihat balik, adakah semua keputusan atau langkah yang diambil dan yang nak dibuat sama ada bertepatan atau tidak dengan kehendak syarak.

“Atas itu saya merasakan bahawa ini akan terus kita pantau, beri nasihat dan kita bimbing Pas ke arah menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah,” katanya seperti dipetik dalam portal berita Antarapos.com hari ini.

Mengulas lanjut, Haron berkata, Majlis Syura Ulama sentiasa melakukan penelitian rapi sebelum membuat keputusan dengan berlandaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com.

No comments: