PERMATANG PAUH 19 April - Pas kawasan Permatang Pauh hari ini menuntut Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka mengenai hudud jika mahu mendapatkan sokongan Pas pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu pada 7 Mei ini.
![]() |
Datuk Seri Abdul Hadi Awang |
Pada Mac lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dipetik sebagai menyifatkan hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui pakatan pembangkang.
Beliau berkata, dasar bersama yang dipersetujui DAP serta Pas adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.
Ditanya mengenai pendirian Pas jika PKR mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pada PRK Permatang Pauh,
Omar berkata, ia masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai perkara itu.
Selain itu, ditanya berhubung ‘kejutan’ yang akan dibuat Pas Permatang Pauh sekiranya PKR dan DAP ‘menyinggung’ dasar perjuangan yang didukung oleh parti itu,
Omar berkata, kalau beliau beritahu sekarang sudah tidak menjadi kejutan. > ‘Pas Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada mana-mana calon-calon yang bertanding dalam PRK itu.
Sebagai jentera parti, kita sentiasa bersiap sedia,’ ujarnya. Pada masa yang sama Omar berkata, pihaknya juga tidak berhasrat untuk membelakangkan keputusan Pas pusat dalam membuat sebarang pertimbangan (Utusan online).Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at10.46 am on April 2,2015.
.
No comments:
Post a Comment