
oleh Haji Abu Bakar Ninggal
April 20,2015 @ 5.51 PM.
Hari ini bersamaan tanggal 20/04/015 Kit Siang dalam blognya dilihat beliau ada melahirkan kekecewaan dan tiada harapan bagi Pakatan Rakyat menghadapi PRU yang akan datang,lalu dicadangkan gabungan baru antara ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat.
Ekoran dari cadangan Kit Siang itu? Maka Pas melalui Harakah Daily Online mengadakan satu ruang pada hari ini untuk mendapat pandangan rakyat Malaysia. Dengan tajuknya: APA PANDANGAN ANDA PADA CADANG KIT \SIANG ITU?
![]() |
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas yang paling banyak dapat pencalonan Timbalan Presiden Pas pada muktamar Pas bulan june nanti. |
Di bawah tajuk ITU dihiasi oleh Harakah Daily Online gambar besar lagi bergaya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden Pas Se Malaysia.
Mungkin untuk menarik perhatian para pembaca Harakah Daily Online itu sendiri ?Maka gambar Datuk Taun Ibrahim TuanMan,Naib Presiden Pas dipamirkan?
Penulis rasa apa yang dihuraikan di dalam mukadimah dirungan itu idak perlulah penulis kutip.Penulis lantas memberi pandangan sebagaiman yang diminta oleh PAS:
( APA PANDANGAN ANDA CADANGAN KIT SIANG ITU?)
Sebagai seorang penulis yang bebas dn punya pendirian sendiri. Sejak dulu hingga sekarang penulis tidak begitu ambil peduli tentang apa yang dicakap dan dilakuan oleh Kit Sinag itu.
Sebab pada analisa penulis bahawa Kit Siang ini adala ahli politik yang sering mengambil kesempatan dan parti DAP yang beliau ketua itu mengamalkan faham perkauaman Cina yang tebal, tidak macam MCA/MIC/GERAKAN
![]() |
Kit Siang penasihat DAP dilihat dah beberapa kali mencadang Barisan Nasional Pakatan Rakyat dan Umno/BN tubauh gabungan baru.Tak dapat respon dari Barisan Nasional. |
PENDAPAT SAYA
Bagi memenuhi permintaan Harakah Daily Online dalam konteks untuk mengulas cadangan Kit Siang dari DAP yang mahu ditubuhkan satu gabungan baru itu?
Iaitu gabungan baru antara ahli-ahli parlimen BN dengan ahli-ahli Parlimen Paktan Rakyat itu?
Dah pun penulis jawab dirungan komentar Harakah Daily Online sebentar tadi dirungan komen -komen para pembaca yang disediakan oleh Harakah Daily On line itu dan pandangan penulis telah pun diterima dan telah pun disiarkan (posted) pada petanag ini juga.
![]() |
Datuk Seri Liew Tiong Lai,Presiden MCA |
Ketika membuat ulasan bersabit cadangan Kit Siang dari DAP itu? Penulis rasa Pas tidak usah hiraukan cadangan Kit Siang dri DAP itu?
Tindakkan yang paling wajar dan paling positif? Pas hendaklah segera dan segera bergabung dengan Umno untuk memencilkan DAP dengan dunia politiknya sendiri.
Penulis rasa Umno/BN tetnu tidak bersetuju dengan cadangan DAP itu.Kerana UMNO dah ada sahabat lama mereka dari kaum Cina dan India di Semenanjung ini iaitu MCA/GERAKAN /MIC.
Sahabat-sahabat lama itu telah dibuktikan lebih ikhlas persahabatannya berbanding dengan DAP yang punya vision politik yang tinggi menggunung tetapi nafsu lemah..
Kerana DAP itu dasar politiknya sama dengan sikap Mahathir yang mahu menang sendiri dan apa yang dia fikir kononnya semua betul sedangkan idea orang lain semua tidak best.
DAP pun begitu juga.dasar politiknya selagi Kit Sing dan anaknya Guan Eng berkuasa atas parti DAP.
DAP sejauh ini dilihat mahu parti gabungan di dalam PR itu mesti dengar cakap depa aje dan di dalam gabungan PR itu DAP dilihat hendak jadi boss besar dengan adanya sebanyak 37 orang MP di tangan mereka.
Contohnya? Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden Pas dihina-hinanya dan digelarnya pengkhianat,tidak punya maruah politik dan sebagainya oleh Guan Eng anak Kit Siang.
![]() |
Datuk .Mah Swee Keong, Presiden Parti Gerakan. |
Sikap DAP itu boleh dikatakan sama dengan dasar PAP dari Singapura dulu. Sentiasa sahaja menimbulkan isu-isu yang boleh memporak perandakan kerajaan Umno/BN dengan dasar Malaysia Malaysianya?
Justeru itu? Maka cepat-cepat Tengku Abdul Rahmana yang berpandanganjauh dan luas itu tendang PAP dari Malaysia demi untuk mengujudkan kestabilan politik di dalam kerajaan pimpinan Tengku di zaman itu.
Dengan bergabungnya Pas bersama Umno/BN maka jumlah kerusi di dalam Parlimen Malaysia akan jadi sebanyak 154 kerusi melebihi ( dua pertiga) dari jumlah 222 kerusi di dalam Parlimen Malaysia.
Jika nak ubah apa sahaja di dalam Perlembagaan Malaysia senang sekali dengan adanya suara yang lebih dari( dua pertiga) di dalam Parlimen Malaysia itu sendiri.
Dari segi faedahnya pula? Sidah tenu Pas akan mendapat bermacam manfatnya berbanding semasa Pas berada di dalam Pakatan Rakyat Misalnya di Pulau Pinang? Pas dianggap oleh DAP macam dagang tak laku atau macam melukut di tepi gantang. Ada tak menguntungkannya dan tiada pun tidak jadi masalaha?
Apabila PAS dah berada di dalam kerajaan Perpaduan Umno/BN? Maka dipercayan apa sahaja masaalah parti Pas mesti boleh dirundingkan dengan Umno/BN.Berkemungkinan parti PKR pun akan turut serta di dalam kerajaan gabuungan Umno/BN?
Depa dari parti PKR ini tentu tak selesa ( condusive) jadi pihak pembangkang yang tidak boleh buat apa-apa? Buang masa aje.
Setelah parti PKR pun dah masuk bergabung di dalamm kerajaan Perpaduan Umno/BN untuk menjadikan Kerajaan Barisan Nasional itu skop perjunagan semakin besar dan gah.
![]() |
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr.S. Subramaniam |
Dengan ujudnya keadaan politik yang begitu rupa?
Maka bolehkal Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi Barisan Nasional yang lebih besar skop politiknya itu?
Boleh melaksanakan tugas-tugas dalam konteks unutk melestarikan wawasan 2020 dengan cepat dan licin tanpa menghadapi kerenah-kerenah politik yang tidak menentu sifatnya.
Kita akui kini DAP dapat perhatian dari pengndi-pengundi athnik Cina MULAI PADA pru Ke-12 PRU ke-13 akibat isu-isu perkauman Cina yang menembalkan yang telah dilaaung-laungkan oleh DAP dan juga isu kalimah Allah yang tidak dibenarkan dicetak di dalam bible poenganut agama Christian di Semenanjung Malaysia. Akan tetapi sesudah DAP dipencilkan degan sepencil-pencilnya?
Insya Allah kaum ethnik Cina itu yang dulu dan sedang menyokong DAP sekarang itu? Perlahan-lahan akan kembali semula menyokong UMNO/MCA/GERAKAN.Mereka semacam merasa bodoh jika terus bersengkokol degan DAP yang tidak boleh diharapkan apa-apa itu.
JIKA parti DAP dah dipencilkan di segi politik dan sosial dalam masyarakat Malaysia? Lama kelamaan parti DAP itu akan hilang dari pandangan dan hilang dari ingatan dari ethnik kaum Cina dengan sendirinya.
Percayalah dengan anlisa dan pendangan penuls ini.Percayalah...Ayuh Pas jangan fikir-fikir banyak lagi.Dicincng air itu pasti tak boleh putus.
Meletihkan badan aje jika anda mahu terus memutuskan dengan hanya menggunakan parang,pedang atau sebagainya?
Kecuali dibina tembuk besar.Mampukan anda dari Pas membina tgembuk itu di mana-mana aje di seluruh ceruk rantau Malaysia ini?Mustahil anda boleh? (Posted by abn mulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1751 hrs on April 20,2015).
No comments:
Post a Comment