Tuesday, April 7, 2015

Barisan Nasional Sabah tidak "berpaling".

08 April 2015 2:12 AM 

 KOTA KINABALU 7 April – Di sebalik kritikan demi kritikan yang diterima oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Barisan Nasional (BN) negeri ini tidak akan sesekali ‘berpaling’ daripada menyokong Perdana Menteri untuk terus mentadbir negara.
Datuk Seri Musa Aman,Ketua Menteri Sabah

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman yang melihat Najib me­rupakan pemimpin negara yang sentiasa memberi perhatian terbaik kepada negeri ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Menteri Sabah menegaskan, BN negeri sentiasa menyokong kepemimpinan Najib biarpun mendapat kritikan khususnya daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kita (BN Sabah) nak menegaskan, kita akan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN serta Presiden UMNO.

“Beliau (Najib) sentiasa memberi perhatian dan keutamaan yang terbaik untuk Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) di Wisma SCC dekat sini hari ini.
Beliau mengulas tentang kritikan Dr. Mahathir yang menjelaskan UMNO dan BN akan kalah jika Najib menerajui parti dan pentadbiran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini,

Kelab Penyokong BN (BNBBC) menerusi Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mene­gaskan, kesemua Ahli Parlimen BN turut berdiri teguh di belakang Najib dan tidak bersetuju dengan kritikan terbuka Dr. Mahathir itu.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal blogspot.com at m12.30 noon on April 08,2015.

No comments: