Tuesday, April 7, 2015

BN Perak sokong kepimpinan Najib

08 April 2015 2:12 AM 

IPOH 7 April – Barisan Nasional (BN) negeri menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan sentiasa berdiri teguh bersama pemimpin nombor satu negara itu. 

Datuk Seri Dr. Zamry Abd. Kadir
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, BN negeri akan bersama-sama dengan Najib dalam melaksanakan prinsip pentadbiran beliau dan bergerak sebagai satu pasukan.

“Tidak adil untuk membiarkan Perdana Menteri ketika beliau sedang menempuh detik-detik sukar. Lebih-lebih lagi kami di peringkat negeri yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran negara.

Perdana Menteri juga dari awal telah menyatakan bahawa beliau tidak akan tutup apa-apa perkara, sebagai contohnya isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Begitu juga untuk kaitkan Perdana Menteri dengan isu yang telah diputuskan oleh mahkamah adalah tidak betul, tidak wajar dilemparkan kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2014 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Ditanya mengenai kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Najib,

Zambry memberitahu, kritikan dan teguran yang diberikan tidak akan mengganggu pentadbiran semasa.

“Yang penting kita teruskan kecemerlangan kepimpinan. Buktikan apa yang disebut adalah tidak betul.

“Jelaskan segala perkara yang dilemparkan. Saya percaya Perdana Menteri akan jelaskan,” ujar beliau.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.05 noon on April 08,2015.

No comments: