KUALA LUMPUR 7 April – MCA akan terus menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha kerajaan membangunkan negara pada masa depan.
![]() |
Datuk Seri Liow Tiong Lai |
“Kita akan terus bersama-sama Perdana Menteri untuk fokus dalam pembangunan. Kita tidak mahu terganggu dengan semua serangan daripada mana-mana pihak.
“Oleh itu, MCA mahu terus bersama-sama Najib untuk membangunkan negara yang kita cintai. Kita mahu fokus kepada itu,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Tiong Lai mengingatkan DAP agar tidak memungkiri janji untuk menghalang Pas daripada melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.
Beliau berkata, usaha Pas untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen boleh dianggap salah satu dakyah DAP untuk bermain politik dalam isu itu.
“Selain Pas, DAP mesti bertanggungjawab kerana tindakan mereka menyebabkan rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen.
“Sebanyak 37 Ahli Parlimen DAP mesti meminta maaf kepada masyarakat yang mereka gagal mengotakan janji dalam menghalang Pas daripada membentangkan hukum hudud di Parlimen,” jelasnya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulyta / haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.51 am on April 08,2015.
No comments:
Post a Comment