JAKARTA 7 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta menghentikan serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan kerana ia akan memberi persepsi buruk terhadap negara dari pandangan negara luar.
![]() |
Datuk Seri Zaharain Mohamad Hashim |
Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau tidak mahu isu ini akan dijadikan modal untuk memperlekehkan pemimpin dan kerajaan Malaysia.
“Tambahan pula masyarakat Indonesia dan para pemimpinnya memberi penghormatan tinggi kepada rakyat dan pemimpin Malaysia. Ini terbukti apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo memilih Malaysia sebagai negara pertama dilawatinya, Februari lalu,’’ katanya.
Zahrain berkata demikian kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini sebagai mengulas kritikan Dr. Mahathir melalui blognya mengenai kepemimpinan Najib.
Menurutnya, serangan yang lebih bersifat peribadi itu hanya sekadar spekulasi dan tidak memberi sebarang manfaat kepada negara sebagai sebuah negara yang dihormati oleh kawan dan lawan.
“Apabila Dr. Mahathir menyerang Perdana Menteri, ia juga adalah serangan kepada sistem yang diwariskannya sejak 22 tahun lalu,’’ tegasnya sambil menyifatkan Dr. Mahathir sebagai negarawan dihormati sepatuntya mendokong kepemimpinan Najib.
Menurut Zahrain lagi, serangan-serangan ini akan lebih menyulitkan pihak kerajaan untuk mentadbir negara dan dalam masa yang sama ia memberi modal kepada pihak pembangkang untuk memperlekehkan kerajaan.
Katanya, sebagai bekas aktivis politik, beliau tidak boleh berdiam diri dalam membicarakan isu-isu seperti ini yang boleh menggugat ketenteraman negarn dan mewujudkan salah tafsir dalam kalangan rakyat. – UTUSAN ONLINE-POLITIK.( POSTED BY ABNMULYA / HAJI BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 11.22 AM ON PRIL 08,2015.
No comments:
Post a Comment