![]() |
Datuk Seri Abdul Hadi Awang |
KUALA LUMPUR 7 April – Pas dan DAP hari ini berbalah apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan usaha membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Parlimen.
Malah, DAP tanpa berselindung meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Abdul Hadi membentangkan rang Undang-undang berkenaan tanpa membuat penjelasan terlebih dahulu kepada Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempertahankan tindakan Abdul Hadi apabila mengakui berlakunya salah faham dengan DAP dalam perkara itu.
“Ini kerana rang Undang-undang yang akan dibentangkan bukan berkenaan undang-undang persendirian Mahkamah Syariah di Kelantan, sebaliknya rang undang-undang berhubung dengan had hukuman yang telah ditetapkan untuk Mahkamah Syariah, iaitu tajuk yang lain.
“Jadi, mengikut perkara ini tidak dianggap termasuk dalam janji yang telah dibuat Abdul Hadi. Bagaimanapun, perkara ini sepatutnya ditangani dengan lebih baik termasuk memberitahu rakan parti lain terlebih dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.
![]() |
Penasihat DAP, Lim Kit Siang ( gambar kiri) meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Abdul Hadi yang jelas bertentangan dengan janji yang dilakukan beliau sebelum ini untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang terlebih dahulu.;
“Saya sangat terkejut apabila Abdul Hadi berjanji pada 8 Februari lalu dalam mesyuarat bahawa undang-undang berkenaan hudud akan dibawa ke majlis pimpinan terlebih dahulu.
Bagaimanapun, Abdul Hadi mungkir janji. Ini merupakan kali pertama kami melihatnya (rang Undang-undang). Kita sangat terkejut dan perkara inilah menyebabkan pakatan pembangkang berhadapan dengan krisis,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.02 am on April 08,2015.
No comments:
Post a Comment