KUALA LUMPUR 8 April – Gerakan menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden parti itu Datuk Mah Siew Keong.
![]() |
Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong. |
Katanya, rakyat Malaysia juga perlu yakin dengan kepemimpinan Najib bagi memastikan negara terus kekal pada haluan pembangunan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan mencapai Wawasan 2020.
Saya yakin akan kepemimpinan Perdana Menteri kerana beliau telah membawa banyak transformasi yang positif kepada negara kita.
Beliau telah berusaha kuat tanpa mengenal penat lelah untuk memajukan negara biarpun berdepan dengan landskap politik yang telah banyak berubah sepanjang 10 tahun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan beliau itu berikutan kritikan terhadap Najib berhubung beberapa isu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Beliau berkata ia tidak menjadi masalah walaupun masing-masing berbeza pandangan, dan sebarang pandangan dan kritikan seharusnya dikongsi secara tertutup. – BERNAMA( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Haji bakar ninggal.blogspot,com.at 1412 hrs on April 09,2015.
No comments:
Post a Comment