KUALA LUMPUR 3 April – Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan mengambil pendekatan ‘serang’ menggunakan media sosial bagi menangkis pelbagai tohmahan khususnya yang dilemparkan oleh pembangkang dalam usaha mereka untuk memburukkan kerajaan.
![]() |
Datuk Dr.Mohd Fuad Zarkasih |
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana sikap ‘bertahan’ yang berterusan tidak lagi mampu mengubah persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan yang berjaya dicipta oleh pembangkang.
“Beberapa kerajaan di negara lain pernah kalah dalam pilihan raya akibat media sosial. Pengaruh media sosial besar jadi kita tidak mahu ia digunakan untuk terus memfitnah kerajaan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Outreach:
Pengenalan SPA dan Perkhidmatan Awam Kepada Jasa yang disempurnakan oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, di sini hari ini.
Menurut Mohd. Puad, dalam menjayakan misi itu, semua agensi dan jabatan kerajaan sepatutnya memiliki unit ‘cyber-troopers’ masing-masing bagi memantau dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.
Dalam pada itu, Mohd. Puad membidas pihak pembangkang yang hanya berani menggunakan media sosial dalam mempersoalkan sesuatu isu melibatkan kerajaan.
Beliau memberi contoh ketiadaan dua ahli Parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Tony Phua (DAP) ketika sesi penggulungan titah Yang di-Pertuan Agong oleh Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Katanya, peluang itu sepatutnya digunakan untuk bertanya dan berhujah dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana mereka adalah individu-individu yang sering mengkritik dan membuat tohmahan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).( Utusan on line-Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.bnlogspot.com.at 12,24 noon om April 04,2015.
No comments:
Post a Comment