KUALA LUMPUR 3 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Perak yang memakai pakaian serba hitam pada istiadat perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu perlu segera memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
![]() |
Datuk Dr. Teo Kok Seong |
Menurut beliau, semua pihak perlu menghormati adat istiadat raja, lebih-lebih lagi mereka yang dilantik sebagai wakil rakyat.
“Mereka harus ingat, institusi raja melambangkan jati diri, perpaduan dan budaya Malaysia serta perlu menghormatinya. Malah, ketika istiadat itu, Sultan Nazrin mengenakan pakaian lengkap berserta destar baginda untuk merasmikan sidang DUN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Hampir kesemua wakil pembangkang yang bukan beragama Islam juga tidak memakai songkok. Mereka bertindak demikian kononnya bagi menunjukkan solidariti dalam beberapa isu termasuk hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bantahan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Dalam pada itu, Kok Seong berkata, perbuatan yang menyalahi kod etika berpakaian ketika perasmian sidang DUN adalah sesuatu perkara yang tidak cerdik.
“Perbuatan ini mungkin boleh dikenakan tindakan mengikut perundangan sedia ada bagi mengelakkan berulang.
“Jika benar mahu menunjukkan protes, mereka boleh memilih hari lain bukannya ketika perasmian sidang DUN sehingga menyebabkan Sultan Perak murka,” katanya.( Utusn online).Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.1459 hrs on April 05,2015.
No comments:
Post a Comment