Saturday, April 18, 2015

Kalau ada suara majoriti? Nak jatuhkan siapa pun boleh!


.

April 19,2015 @ 3.47 am.

Jika ada usaha nak kembalikan jawatan Menteri Besar Selangor pada Tan Sri Khalid Ibrahim apa salahnya? Aap sahaja jawatan yang dipegan oleh hamba-hambaNya di dunia ini? Semua tidak boleh kekal dan saling bertukar ganti sifatnya.
TanSri Abdujl Khalid Ibrahim,
bekas Meneri Besar Selmngor. 

Malah Mahathir setelah berkuasa jadi PM Malaysia 22 tahun.Ditakdirkan oleh Allah swt., beliau mesti berundur? Maka terpaksalah Mahathir bnerundur..

Samalah juga dengan jawatan Menteri Besar yang sedang dipegang oleh Azmin Ali,dari Parti Pakatan Rakyat baru beberapa bulan yang lalu ini? 


Kalau ditakdirkan ia harus diganti dengan Khalid Ibrahim semula?

Apa salahnya? Polis memang tidak boleh tangkap Tan Sri Khalid Ibrahim kalau beliau masuk ke DUN Selangor, dengan membawa suara majoriti di dalam Dewan Undnagan Negeri Selangor.

Beliau boleh cadangkan usul (cadangakan undi tak percaya) pada Azmin dan cadangan itu pula disokong suara majoriti ADUN -ADUN di dalam Dewan Undangann Negeri Selangor itu sendiri? 


Tindakan Tan Sri Khalid itu tidak salah dan tidak mengapa dan tidak ada apa-apa salahnya dari segi undang-undang.Beliau sama sekali tidak boleh dikaitkan kononnya telah melanggar sebarang undnag-undnang.

Misalnya di Dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor itu sendiri? Maka ujud satu usul dari 29 orang ADUN setuju mengusulkan (undi tidak pecaya) pada Azmin  Ali? Walau ada 27 orang ADUN tidak bersetuju dan menentangnya?

Maka dengan undi majoriti 29 lawan 27 suara oleh ADUN-ADUN yang telah terpilih dalam PRU ke-13 yang lalu itu? Maka jatuhlah Azmin. Maka satu nama Menteri Besar baru harus dipersembahkan kepada Sultan Selangor? 

Datuk Seri Abdul Hadi Awanag

Misalnya,DUN Selangor memepersembahkan nama Tan Sri Abdul Khalid sekali lagi? Dan kemudiannya diperkenakan  oleh Sultan Selangor?

Maka sahlah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang jawatan Menteri Besar sekali lagi.Habis cerita.Yng menanag ketawa besar dan yang kalkah pula terkulat-kulat pula lidahnya lantaran kehilangan nikmat yang baru sahaja dinikmainya itu.

MULUT BERUS DAN MULUT LONGKANG?


Yang menjadi persoalannya sekarang ini ialah pada orang-orang politik yang (bermulut berus) atau yang bermulut longkang?

Sebaik sahaja mereka nampak aje Hadi Awang bertemu dan duduk bersama walaupun hanya  bersembangh-sembang dan bergambar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim,bekas MB Selangor?

Maka dalam sekelip mata,secepat kilat menyambar  mangsanya? Si penyibuk yang digelar sebagai "mulut berus"atau pun yang digelar " mulut longkang  ini? Akan segera membuat (persepsi) andaian gila yang bukan-bukan 
sifatnya.

Jika pun betul Hadi Awang ada agenda untuk membawa Tan Sri Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor semula? Apa salahnya? Ini adalah kerja-kerja biasa orang-orang politik.

Jatuh menjatuhkan seseorang itu mengikut undang-undang demokrasi yang berpandukan suara majoriti memang dibolehkan.

Misalnya.Jika Mahathir ada suara majoriti di dalam Umno?

Mahathir jatuhkan Najib melalui undi tidak percaya di dalam satu Mesyuarat Khas Tergempar Umno.Jika Mahathir dah kira dan terus kira berkali-kali? Maka didapatinya beliau tak akan dapat suara majoriti untuk jatuhkan Najib sebagai Presiden Umno mengikut lunas-lunas demokrasi?

Dinasihatkan Mahathir lebih baik duduk diam dan tak usah terpekik dan terlolong di luar sana melalui portal-portal tempatan yang boleh dikatakan pro-pembangkang yang kesannya tidak ke mana-mana? Hanya berfungsi di kota-kota aje.


Mungkin  songillan Mahathir itu dibaca oleh sebahagian sahaja peminat-pemint media sosial di kota-kota aje? Tetapi tidak dibaca oleh orang-orang di kampung-kampung yang tidak ada komputer.Jika ada pun komputer? 
Azmin Ali,Menteri Besar Selangor baharu dari parti PKR

Tapi tidak melanggan alat pemancar seperti  yang boleh merka mengakses segala tulisan-tulisan yang disiaran oleh portal-portal media sosial itu.

Ertinya apa yang Mahathir nak sasarkan itu? Lantas tersasar tanpa faedahnya.

Lagipun dikampung-kampung ini cara hidup rakyatnya jauh berbeza dengan cara hidup orang-orang di kota-kota.

Bagi si penoreh getah? Pagi-pagi lagi iaitu bermula jam 5.30 pagi mereka dah keluar ke ladang getah menoreh getah.Kira-kira jam 2.00 petang baru balik di rumahnya.

Tiba di rumah setelah memasak makanan untuk tengah hari untuk anak-anak mereka? Mereka melakukan solat zohor,kenudian solat Asar.Lepas it mereka berehat dan tidur sebentar.

Bangun melakukan solat Maghrib ,kemudiannya solat Isya.Lepas itu mereka tidur kerana esok pagi-pagi lagi mesti bangun solat Subuh dan lantas pergi bertugas, bertugas menoreh getah dan sebagainya mengerjakan kerja-kerja sebagai buroh. untuk nafkah hidup mereka sekkeluarga.

Pendek kata apa yang tersiar di dalam portal-portal media soasil itu sasarannya di kota-kota aje.Jangan harap orang-orang kampung dapat mengikutinya?.Selain tidak berkemampu membeli alat-alat yang diwajibkan untuk mendapat membaca siaran-siaran di portal-portal media sosil itu?

Mereka juga tidak mempunyai masa yang banyak  terluang seperti orang-orang di kota-koat itu sendiri.Itulah sebabnya Datuk Seri Najib memilih untuk menjawab apa yang disongilkan oleh Mahatir itu melalui Television.

Disamping itu melalaui akhbar arus perdana seperti akhbar Utuam Malaysia,Berita Harian,Harakah dan sebagainya yang lazim menjadi bacaan orang-orang kamung. Itu pun melalui kedai-kedai kopi yang mana ada menyediakan akhbar-akhbar tersebut untuk dibaca. 

Kini kenyataan politik Mahathir terhadap Najib tidak lagi dapat lihat di akhbar-akhbar arus perdana sepeeti Utusan Malaysia dan Berita Harian.Mereka telah gam mahathir/ Tidak mendapat sebarang rungan publiciti .Zaman Mahathir berkuas adulu pun buat begitu terhadap musuh-musuh politiknya.Kini tibalah pula maanya Mahathir menerima balasannya.Jangan  marfajh ya..
Tun Mahathir kini begitu sibuk nak
 menjatuhakn Najib Tun Razak dari jawatan PM
 dan juga jawatan Presiden Um
no.

Siaran yang dilakukan oleh Najib jam 10.00 malam melalui TV itu pun boleh dikatakan dah lewat sedikit. Mereka di kampung-kampun ketika itu dah tidur.

Sebaik-baiknya jika disiarkan jam 9.00malam? Itu Boleh dikira agak masih awal.Itu pun dah banyak juga penghuni kampung dah tidur lena.

Sebenarnya pertelingkahan secara terbuka oleh Mahatir menghentam Najib itu? Kesannya yang bersifat buruk lebih banyak berbanding dengan  sifat -sifat manfaatnya?.
    
Malu kita dengan bangsa asing yang melihatnya?Bangsa asing yang melihatnya ketawa besar.Ketawa besar melihat Melayu bergaduh dengan Melayu.

Macam tak ada kerja lain lagi yang harus dilakukan yang boleh memberi manfaat pada rakyat?.

Tak dapat apa-apa untung melainkan dapat dosa kering aje kerana mengumpat orang secara terang-terangan itu berdosa hukumnya. Sedangkan kesahihanya apa yang diumpat-pumpat itu masih tidak diketahui? 


Justeru itu sasaran Mahathir yang mahukan rakyat kampung-kampung mengikuti segala songilannya terhadap Najib itu kemudiannya terus bersimoati padanya? 

Bolehlah dikatakan membazir sahaja dan tidak kesampaian.Tidak menelurkan sebarang faedah seperti Mahathir harap-harapkan.Hanya mulut Mahathir penat aje.Hasilnya tidak menemui sasaran yang di harap-harapkan.

Sedangkan kekutan Najib dan Umno itu sendiri masih berakar umbi di kampung-kampung di mana kebanyakan rakyatnya hidup dalam keadaan miskin dan tidak mampu mempunyai kemudahan internet,tidak mamapu ada set komputer beserta alalt-alat lain yang membolehkan mereka dapat mengekses dan mengikuti berita-berita yang tersiar menerusi portal-portal media sosial itu sendiri.

Hakikat ini harus difaham oleh Mahathir Mohamad tentang kelemhan--kelemahan beliau dari segi hendak memberi penerangan ke kampung-kampung.dilihat gagal ?(Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.47 am on April 19,2015.


No comments: