![]() |
TUAN IBRAHIM TUAN MAN |
Beliau berkata, sekiranya golongan ulama dianggap sebagai juhala atau jahil, siapa lagi yang menjadi orang alim atau benar-benar arif dalam ilmu agama Islam.
Tetapi bagi Pas, mendokong kepemimpinan ulama adalah keputusan muktamar dan tidak ada pihak pun dalam Pas yang tidak dokongi kepemimpinan ulama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Terengganu Ke-40 di Markas Tarbiyah Pas di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan kontroversi Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dalam blognya yang melabelkan golongan proulama sebagai geng juhala atau bermaksud jahil.
Ditanya mengenai gelaran parasit dalam kalangan pihak tertentu dalam Pas, beliau menjelaskan, istilah tersebut sebenarnya tidak timbul dalam Pas meskipun mengakui perkara itu ada dinyatakan di dalam sebuah buku.
“Pertama kali kita dengar, diucapkan oleh Datuk Hasan Ali (bekas Naib Presiden Pas), dalam Pas tak ada istilah itu. Jadi kita anggap ini semua musuh dari luar,” jelasnya.
Tentang kenyataan kontroversi Khalid meminta semua perwakilan menolak kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim percaya semua perwakilan sudah matang dalam memilih calon pemimpin parti(Utusan online).Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com at12.14 pm on April 19.2015..
No comments:
Post a Comment