Thursday, April 9, 2015

Najib jawab semua kritikan Dr.Mahathir

MOHD. ASRON MUSTAPHA:09 April 2015 10:56 PM 


Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 9 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjawab semua persoalan serta kritikan yang dilemparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinannya malam ini. 

Beliau yang ditemubual secara eksklusif oleh TV3 menerusi segmen Soal Jawab, mengupas semua persoalan berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tidak ketinggalan isu Altantuya Shaariibuu juga dijelaskan secara panjang lebar oleh Najib dan beliau sekali lagi menegaskan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembunuhan wanita warga Mongolia itu. - UTUSAN ONLINE( Posted by abnmulya / haji bakar ninggal
.blogspot.com.t 1.00am on April,10,2015.

No comments: