KASTHURI JEEVENDRAN :10 April 2015 2:07 AM
KUALA LUMPUR 9 April - Anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar kecewa dengan tindakan segelintir ahli politik yang memperalatkan ibu dan bapa saudaranya bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kes pembunuhan model wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sejak kebelakangan ini.
![]() |
| Koperal Sirul Azhar Umar |
Menurut Hasnal Redzua, ketika ini Sirul sedang melalui proses undang-undang di Australia bagi mendapatkan kebenaran untuk terus tinggal di negara itu dan tidak kembali ke Malaysia agar hukuman mati tidak dijalankan terhadapnya.
Semalam, ibu Sirul, Piah Samat dan bapa saudaranya mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli politik ini di Yayasan Perdana, Putrajaya.
Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lalu.
Wanita Mongolia kelahiran Ulan Bator itu menemui ajal sama ada dibunuh dengan bahan peledak C4 ataupun dibunuh terlebih dahulu sebelum jasadnya diledakkan dengan bahan berkenaan di kawasan belukar berhampiran Empangan Tasik Subang, dekat Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
Sirul yang ditahan pihak berkuasa Australia di sebuah pusat tahanan Imigresen di Brisbane sejak 20 Januari selepas Interpol mengeluarkan notis merah berhubung kes itu kini dipindahkan ke pusat tahanan Villawood di pinggir bandar barat Sydney.
Tambah Hasnal Redzua, Sirul turut merayu kepada masyarakat umum khususnya ahli politik agar berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang berkaitan dengan dirinya atau kes tersebut sebaliknya membiarkan dia bersama peguam-peguam untuk mengendalikan isu tersebut.
“Saya tahu ada pihak yang mengambil berat, tapi ada juga cuba mengambil kesempatan dalam perkara ini. Sirul mohon kepada semua orang agar berhenti mengeluarkan apa-apa juga kenyataan selepas ini. Biar kami dan peguam di Australia yang mengendalikan kes ini,” ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya / haji bakar ninggal.blogspot.com.at 7.02 am on April 10,2015.

No comments:
Post a Comment