KUALA LUMPUR 1 April – Keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah sekali gus menutup bukan sahaja prosedur bagi bekas ketua pembangkang itu untuk ‘duduk’ dalam Parlimen, malah mengekang ‘helah’ oleh para peguamnya untuk meneruskan isu berkenaan.
.jpg)
“Perkara-perkara yang akan dibangkitkan oleh peguam-peguamnya (Anwar) selepas ini boleh dianggap sekadar ‘helah politik’ yang bukan beralaskan undang-undang.
“Dan kalau ada yang hendak meneruskan isu (membebaskan Anwar) ini ke hadapan, maka ia harus ditutup mulai hari ini,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.
Rais mengulas kedudukan Anwar yang telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan pada 16 Mac lalu.
Hilang kelayakan itu berkuat kuasa serta-merta dengan penolakan petisyen pengampunan tersebut, sejajar dengan peruntukan Artikel 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang menghalang Anwar daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat turut ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.( Utusan online-politik).Posted by abnmula / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.53 noon at April 02,2015.
No comments:
Post a Comment