KUALA LUMPUR 1 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menerima keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dimohon Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, keputusan Lembaga Pengampunan itu dilihat menghina Yang di-Pertuan Agong kerana disampaikan oleh seorang Peguam Kanan Persekutuan.
Beliau berkata, sepatutnya keputusan tersebut diberitahu melalui satu surat rasmi dari Istana Negara kepada keluarga Anwar, bukannya melalui afidavit mahkamah seperti yang diumumkan hari ini.
Katanya, keputusan tersebut adalah berdasarkan peraturan 113, Peraturan Penjara 2000 sedangkan permohonan dibuat keluarga Anwar di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Artikel 48 (4)(c).
“Kita terkejut menerima keputusan berkenaan melalui afidavit mahkamah dan melalui Peguam Kanan Persekutuan, kita jangka terima surat dari Istana, selagi tidak menerimanya, maka kita anggap Lembaga Pengampunan belum membuat keputusan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Lembaga Pengampunan hari ini menolak Petisyen Pengampunan Diraja yang dimohon Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat seperti diumumkan Peguam Kanan Persekutusan, Amarjeet Singh.( Utusna online-politik).Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at12.31 noon on April 02,2015.
No comments:
Post a Comment